Cintaerina Publish time 26-5-2022 05:49 PM

Minyak Masak Habis, Pelanggan Selamba Hulur Stok Minyak Baru Beli Demi Makanan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/26/170742vie0w9cidzhzlx3s.pngSumber: Tiktok Iskandar Zamuel


Seperti yang kita tahu, seorang ibu kadang-kala dikenali dengan bersifat tegasnya apabila mendidik anak-anak supaya mereka menjadi insan berguna. Namun, ada juga sesetengah ibu terkenal dengan sifat lucu mereka yang tidak pernah segan dengan orang.


Baru-baru ini seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Iskandar Zamuel memuat naik video mengenai gelagat ibunya di sebuah premis makanan.


Menerusi video itu, Iskandar sekeluarga kelihatan baru sahaja selesai membeli-belah di sebuah pasaraya. Selepas membeli barang-barang keperluan, mereka sekeluarga membuat keputusan untuk menjamu selera di medan selera pasaraya berkenaan.


7101571264187305243


Namun, ibunya berasa kecewa kerana kedai makanan kegemaran ibunya ditutup kerana kehabisan minyak. Oleh itu, ibunya terus mengambil botol minyak yang baru sahaja dibelinya dan berikan kepada tukang masak di kedai itu.


Selepas makanan siap dimasak, ibunya kembali semula ke meja dengan senyuman riang dan menghulurkan makanan itu kepada anaknya.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat telatah spontan ibu kepada lelaki berkenaan. - CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/26/171132dzkvfzm4kgx0gygl.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/26/171132la8z8b8a9sw93w3i.png

Sumber: Tiktok Iskandar Zamuel







AbukRokok Publish time 26-5-2022 06:02 PM

jgn buat sekali je
buatlah setiap hari

matchstick Publish time 26-5-2022 07:28 PM

Nmpk mcm tak sedap pun nasi goreng tu. Baik balik rumah masak sendiri

swimswim Publish time 27-5-2022 03:33 AM

Edited by swimswim at 27-5-2022 03:34 AM

Cara org kedai nk jimat kos ke padahal beroperasi dlm psr raya. Pegi je la beli sebotol dkt pasaraya tu.

Perawankota Publish time 27-5-2022 04:05 AM

Dulu ex bf aku suka makan kt kedai area umah dia.. Tapi kedai tu kedai Siam, so x der kicap manis.. Dia punya bengang, dia pi beli kicap.. 3 4 kali gak dia beli, smpi Last2 tuan kedai tu sediakan kicap manis..

ais_kosong Publish time 27-5-2022 10:01 AM

Oklah.. alang2 baru habis shopping. Lebih mudah makan kat kedai lain.
Teringin sangat kot gamaknya.

prettyuglybabe Publish time 27-5-2022 10:07 AM

nasi goreng apa plain je macam tu..
nasib kat foodcourt..
kalau kat bahau boleh bawak gaduh dah..

doubleharmonic Publish time 28-5-2022 08:20 PM

eh noreen. ko berniaga kat foodcourt dalam lotus tesco tu jah kan? apa yang susah sangat nak beli stok minyak masak topup kat dalam tu?

nakkomenjugak Publish time 29-5-2022 07:19 PM

Bau ikan sungguh cerita ni
Pages: [1]
View full version: Minyak Masak Habis, Pelanggan Selamba Hulur Stok Minyak Baru Beli Demi Makanan


ADVERTISEMENT