mattzzx Publish time 26-5-2022 04:56 PM

Honda Air Blade 160 diperkenal di Vietnam

https://paultan.org/image/2022/05/Honda-Air-Blade-160-Vietnam-BM-3-630x475.jpeg
Sedang kita masih menunggu ketibaan Vario 160 (juga dikenali sebagai Click 160) ke dalam negara, Vietnam nampaknya telah menerima sebuah lagi skuter 160 cc iaitu Air Blade 160. Ini adalah model generasi baru dengan perubahan utama adalah pada bahagian enjin.

Dari aspek penampilan, secara kasarnya ia masih kelihatan sama seperti model yang dilancarkan pada tahun 2020, tetapi dilihat terdapat perbezaan pada bentuk panel tepi serta ekzosnya. Pilihan warna untuk Air Blade 160 ini ada empat dan harganya terletak antara 55.9 juta dong (RM10,600) ke 57.19 juta dong (RM10,830).

Melalui enjin satu silinder suntikan bahan api 156.9 cc baru ini, kuasa Air Blade meningkat menjadi 15 hp pada 8,000 rpm dan 14.6 Nm tork pada 6,500 rpm, berbanding 12.9 hp dan 13.3 Nm tork sebelum ini. Enjin eSP+ empat injap ini juga didatangkan dengan sistem start/stop.

https://i2.wp.com/paultan.org/image/2022/05/Honda-Air-Blade-160-Vietnam-BM-12.jpeg?w=416&h=314&ssl=1
https://i2.wp.com/paultan.org/image/2022/05/Honda-Air-Blade-160-Vietnam-BM-9.jpeg?w=206&h=155&ssl=1
https://i1.wp.com/paultan.org/image/2022/05/Honda-Air-Blade-160-Vietnam-BM-6.jpeg?w=206&h=155&ssl=1

Di bawah tempat duduk Air Blade 160 terdapat ruang simpanan 23.2 liter (0.5 liter lebih besar berbanding sebelum ini) dan ia juga didatangkan dengan lampu serta pengecas USB. Suspensi menggunakan padanan fork teleskopik dan dua penyerap hentak, sementara rim pula menggunakan saiz 14 inci. Brek hadapan menggunakan sistem cakera dan didatangkan dengan ABS secara standard.

Kelengkapan lain yang ada pada Air Blade 160 ini adalah termasuk panel instrumen digital LCD, lampu LED serta sistem tanpa kunci. Berat keseluruhan skuter ini adalah 114 kg sementara tinggi tempat duduknya adalah 775 mm.
https://paultan.org/2022/05/25/honda-air-blade-160-diperkenal-di-vietnam-model-generasi-baru-dengan-enjin-156-9-cc-berkuasa-15-hp/
Pages: [1]
View full version: Honda Air Blade 160 diperkenal di Vietnam


ADVERTISEMENT