mattzzx Publish time 26-5-2022 04:53 PM

Mercedes-AMG A45S dan CLA45S 2022 di Malaysia

https://paultan.org/image/2021/10/Mercedes_W177_AMG_A45S_4Matic_Malaysia_Ext-1_BM-630x320.jpg
Adakah anda merancang untuk membeli model baharu Mercedes-AMG A 45 S atau CLA 45 S? Untuk pengetahuan anda, kedua-dua model telah pun dinaikkan harga bermula suku pertama tahun ini. A 45 S W177 kini ditawarkan pada harga RM454,406, iaitu meningkat sebanyak RM16,732 berbanding sebelumnya RM437,673.

Manakala CLA 45 S C118 pula naik sebanyak RM14,316, membuatkan coupe empat-pintu ini kini berharga RM467,691 berbanding harga terdahulu RM453,374. Hasil semakan menerusi laman web Mercedes-Benz Malaysia mendedahkan tiada perubahan besar dilakukan daripada segi spesifikasi kedua-dua model.

Penjana kuasa yang memacu kedua-dua model ini ialah unit baharu M139 2.0 liter pengecas turbp empat-silinder yang mampu menghasilkan 421 PS pada 6,750 rpm dan tork 500 Nm dari 5,000 rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi dwi-klac AMG Speedshift DCT 8G lapan-kelajuan yang menyalurkan pacuan ke semua roda, membolehkan versi hatchback dipacu dari 0-100 km/j dalam 3.9 saat, sementara CLA pula 4.0 saat. Kedua-dua model juga boleh mencapai kelajuan maksimum mencecah 270 km/j.

https://paultan.org/image/2021/03/C118-Mercedes-AMG-CLA-45S-Malaysia-4-e1590985485554-BM-630x331.jpg
Ciri standard yang diberikan termasuklah lampu utama Multibeam LED dengan Adaptive Highbeam Assist Plus, roda 19-inci, suspensi AMG Ride Control, paparan skrin lebar berkembar 10.25-inci dengan MBUX dan AMG Track Pace, serta sistem bunyi Burmester dengan 10-pembesar suara.
https://paultan.org/2022/05/26/mercedes-amg-a45s-dan-cla45s-2022-di-malaysia-naik-harga-sekitar-rm16k-kini-rm454k-ke-rm468k/
Pages: [1]
View full version: Mercedes-AMG A45S dan CLA45S 2022 di Malaysia


ADVERTISEMENT