mattzzx Publish time 26-5-2022 10:59 AM

Kenderaan terbabas tebing sungai, enam selamat

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhangkat1_1653532902.jpg
Anggota bomba membantu memberi rawatan awal kepada pelajar yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Kechil, Kampung Changkat Setoi.- Foto NSTP/Ihsan Bomba

CHANGLUN: Enam individu termasuk lima daripadanya pelajar tahfiz dari Pusat Moden Darussalam, di sini terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Sungai Kecil, Kampung Changkat Setoi, di sini, malam tadi.

Kesemua pelajar terbabit yang berusia antara 14 hingga 20 tahun dipercayai belajar di pusat pengajian berkenaan manakala pemandu kenderaan itu adalah tenaga pengajar di pondok berkenaan berusia 21 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.39 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Hisham Che Haron tiba di lokasi tidak lama kemudian.


"Setibanya di lokasi, didapati terdapat sebuah kereta Naza Ria yang dinaiki enam individu termasuk lima remaja lelaki terbabas ke tepi tebing sungai.

"Namun tiada mangsa yang tersepit dalam kejadian itu dan mereka berjaya keluar sendiri dari kenderaan.

"Mereka kemudian dibawa ke Hospital Jitra oleh ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dan jentera EMRS dari BBP Bukit Kayu Hitam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi tamat sepenuhnya jam 11.54 malam.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/05/959489/kenderaan-terbabas-tebing-sungai-enam-selamat
Pages: [1]
View full version: Kenderaan terbabas tebing sungai, enam selamat


ADVERTISEMENT