Cintaerina Publish time 25-5-2022 04:58 PM

"Siapa Makan Cili Dia Terasa Pedas," – Ramai Berang Dengan Sikap Sesetengah Penjawat Awam Ketika Bekerja

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/25/161027bh511bh2fftk2hge.pngSumber: Facebook Warga Wilayah


Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar dengan kisah-kisah berkenaan penjawat awam yang berat tulang membuat kerja sehingga menyebabkan perkhidmatan yang ditawarkan menjadi tidak efisien.


Isu mengenai masalah ini seringkali menimbulkan perdebatan dalam kalangan rakyat Malaysia.


Baru-baru ini, menerusi akaun Facebook Warga Wilayah tular perkongsian seorang individu yang tidak berpuas hati dengan sikap sesetengah penjawat awam yang seringkali culas ketika melaksanakan tanggungjawab mereka kepada rakyat.


https://www.facebook.com/WargaWilayah/posts/1732456213813677


Individu yang tidak dinyatakan namanya itu turut membuat senarai watak penjawat awam yang sudah basi kerana boleh dibaca oleh orang awam seperti masuk pejabat tepat pada masanya namun boleh keluar bersarapan pagi sehingga menyebabkan banyak kaunter tidak dibuka dan banyak lagi.


Individu itu turut membongkarkan sikap sesetengah pekerja kerajaan yang suka 'bercakap' belakang dan mempersoalkan kejujuran mereka dalam melaksanakan tugas.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa ada sesetengah pekerja kerajaan yang bermasalah namun kita tidak boleh pukul rata kerana ramai juga yang menunjukkan sikap integriti. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/25/160811nnazoodjdsffoasf.jpgSumber: Facebook Warga Wilayah







Normabaru Publish time 25-5-2022 07:42 PM

Kenapa skrg penjawat awam xpakai name tag?

Dah la nama xmo kasitau..kita nk rujuk pun xsure nk panggil apa

Dia kasi nama basic CTea..sekali mai blk ada 5Ctea haaaa punaaahh

kotakominami Publish time 25-5-2022 10:08 PM

Bukan semua mcm tu....ade yg memang nak menolong kita....mcm yg dekat kaunter tu kdg kesian tgok kena maki sedangkan mereka menyampaikan keputusan org atasan....selalu dgrjawapan saye hanye ikot arahan.....compare dgn pekerja swasta lebih flexsibel sebab bos bg kita byk leeway janji setel.....cuma yg mengulor tu harapnye berubahlah nak lg kalau kau dah ade anak....sebab rezeki kita tu bg mkn anak bini...nanti anak tak berape menjadi jgnla ditanye kenape....

jasmeen Publish time 25-5-2022 10:18 PM

department gomen mana la yg buat perangai gini.kat tempat aku elok je keje rajin on time.

Zack8hunter Publish time 25-5-2022 10:30 PM

aku dah merasa keje gomen dan swasta..dua2 pun sama jer dua kali lima ;P

glump Publish time 25-5-2022 10:34 PM

adapenjawat awam yg bagus tapi tulah..ada pejabat gomen nie..kul 10 kat kaunter depan penuh ngan mereka tunggu courier servis datang lah, barang COD mereka datang lah sambil tu nyembang. sebagai customer kita tengok jerlah menunggu giliran. penat menunggu , kita minum kat gerai 5km dari tempat tu malangnya nampak orang yang nampak muka dia sebagai staff terbaik bulan lepas tengah minum pagi beramai2 dengan kawan seopis.. kita tangan gatal nak rakam. kita masuk balik tunggu giliran, dekat jam 12 staff yg kita nk jumpa tu, pi keluar rehat nak ambik anak ..nnt kul 230 datang balik ye sebb kul 2 nak antar ank sekolah petang.belum lagi free kena marah ..ingat lah kalau sytem online tu perfect, kita pun tak mau dtg opis kau seharian utk 1 urusan yg kena dtag balik next time.

hashashes Publish time 25-5-2022 10:37 PM

Aku keje swasta, mak aku gomen. Aku selalu ejek mak aku pasal gomen punya perangai. Dia ejek aku takde pencen :lol:

msel Publish time 26-5-2022 02:32 AM

BETUL BETUL BETUL BETUL BENAR BELAKA DAN SETUJU!

Tapi xsemua la. Ada yang bagus, yang bagus tu la kena buli lepastu bos selalu suruh yang bagus handlekerja yang haprak selalu mengelat sebab bos pun tahu nak cepat malas pening kepala pikir perangai si haprak. Makan la duit gaji tu sumbat ahli keluarga ya!

Kerja bertahun2 tertangguh bagi alasan bodoh sengaja lengahkan urusan orang. Benci betul aku!

cikatilia Publish time 26-5-2022 10:00 AM

korang kalau tanya org gomen pon bengang esp admin depa lembab namatey

prettyuglybabe Publish time 26-5-2022 10:58 AM

yang label orang b4 m40 t20 tu sebenarnya paling tak berduit tapi acah have-have masuk t20..
kau kata orang gomen tapi kau tu kerja efficient tak?
cuba pergi company yang ada servis kaunter ie bank post office astro telecomm provider tengok..
sama tak perangai macam orang gomen kaunter yang kau kutuk tu..

makton Publish time 26-5-2022 11:52 AM

isu ni dah jd isu wajib tahunan utk diulang2 serata social media :lol:

melekaifc Publish time 26-5-2022 12:11 PM

acik kepam swasta bajet cukai yang diorang bayo tu untuk bayar gaji acik kepam gomen je kot. ingat orang gomen tak bayor cukai kot. kalau acik kepam swasta bayor GST SST acik kepam gomen pon bayo.

nakkomenjugak Publish time 29-5-2022 07:27 PM

recycle laaaa cerita gomen swasta sampai ajm

copy_paste Publish time 31-5-2022 09:35 AM

kalau tempat aku,kaunter byk kosong sbb bos yg suruh buat kerja lain,

epullipan Publish time 1-6-2022 06:01 PM

cerita gomen dari dulu sampai skang takde berubahnya..tapi bukan semua..yang keja kat UTC Melaka ni agus bagus semuanya enuh senyuman kita nak evaluate dorg kat touch screen depan tu pon senang hati bagi yang terbaik
Pages: [1]
View full version: "Siapa Makan Cili Dia Terasa Pedas," – Ramai Berang Dengan Sikap Sesetengah Penjawat Awam Ketika Bekerja


ADVERTISEMENT