Cintaerina Publish time 25-5-2022 04:13 PM

"Asal Bukan Suami Orang," - Berkali-kali Tolak Cinta, Wanita Tak Sangka Berjodoh Suami Tua 18 Tahun

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/25/154928o509de3kyrq30aqe.pngSumber: Tiktok its_mayso


Betullah kata orang, kalau ada jodoh pasti akan bersama juga. Inilah kisah mengenai seorang lelaki yang cintanya pernah ditolak berkali-kali, namun dia tidak pernah berhenti usaha untuk mendapatkan wanita pilihannya itu dan akhirnya semua usahanya berbaloi apabila dia dapat menjadikan wanita itu isterinya yang sah.


7100948149925154074


Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai its_mayso. Menerusi posting tersebut, wanita itu menceritakan mengenai kisah cintanya dan jarak umur dengan suaminya adalah 18 tahun. Menurut wanita itu, sebelum ini dia pernah berkali-kali menolak cinta suaminya itu namun sudah menjadi ketentuan Tuhan, mereka akhirnya berkahwin pada bulan Ramadhan yang lalu.


Tambah wanita ini, sikap suaminya yang begitu baik dan tidak pernah berputus asa membuatkan dia berkahwin dengan lelaki itu dan seperti yang disangka, wanita itu dilayan seperti permaisuri selepas mendirikan rumah tangga.


7101173291271884058


Walaubagaimana pun, wanita itu akui ada individu yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka sehingga mereka sanggup meninggalkan komen-komen yang membuatkan wanita itu sedih.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong wanita ini dengan mengatakan bahawa Tuhan telah menetapkan jodoh wanita ini bersama lelaki itu dan apa salahnya dia berkahwin dengan lelaki yang tua asalkan lelaki itu bukan suami orang.-CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/25/154926oxil45roa2iffrax.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/25/154926mo27fh1n9cc7oux0.png

Sumber: Tiktok its_mayso







Artemesiaa Publish time 25-5-2022 04:19 PM

Asalkan duda atau terlajak dah amat berkemampuan dalam serba serbi tak ada masaalahnya.Kalau yang muda atau seusia tapi kurang dalam serba serbi masaalah juga nantinya.

puanbintang Publish time 25-5-2022 04:43 PM

alhamdulilah, dah jodoh. semoga sama2 membahagia dan dibahagiakan.

suterabiru123 Publish time 25-5-2022 05:11 PM

dia ni dulu viral juga kan? ex suami nak kawin lain masa dia ngah berpantang anak kedua?.. dia siap sign surat untuk poligami tapi si ex pilih ceraikan n pilih minah indon sebagai isteri baru.. mak mentua pon sokong sekali anak ceraikan isteri dalam pantang

msel Publish time 25-5-2022 05:19 PM

Dgr macam kasar je bunyinya “ makanlah!”Tapi tulah video secoet je kan.

doubleA Publish time 25-5-2022 05:50 PM

Laki tu nampak baik. Ala ctdk dapat kertu beza 20thn takda masalah pun. Ctdk tersenyum sinis

imransulaiman Publish time 25-5-2022 07:07 PM

Dah berumur tapi masih nampak segak.

gideoncross Publish time 25-5-2022 07:41 PM

Artemesiaa replied at 25-5-2022 04:19 PM
Asalkan duda atau terlajak dah amat berkemampuan dalam serba serbi tak ada masaalahnya.Kalau yang...

Susah nak nak middle aged tpi duda or single, iol dpt middle aged tpi laki org.

malaygirl Publish time 25-5-2022 10:51 PM

Kalau dah jodoh...age is just a matter of number haaaaa gitu

Suchi Publish time 28-5-2022 08:15 AM

suterabiru123 replied at 25-5-2022 05:11 PM
dia ni dulu viral juga kan? ex suami nak kawin lain masa dia ngah berpantang anak kedua?.. dia siap...

Cerita yg mana ya? Kalau ada nak baca

felinecat Publish time 28-5-2022 03:38 PM

Content die mcm lapar perhatian sikit. Aku rase kt Malaysia xde pon org nk kutuk kalo kawen lelaki tua, single plak tu bukan rampas.. Lain la lelaki muda kawen perempuan tua, tu memang rare.. Xpon kawen dgn laki org @ rampas, yg tu memang org kutuk la

ripiled585 Publish time 28-5-2022 05:21 PM

doramas flix

nakkomenjugak Publish time 29-5-2022 07:30 PM

Sissss
kawen jeleeeee
bukan laki orang kan
kalau bertanggungjawab baik tak baran
sambar jelaaaa
orang paham laaa haihhhhhhh

suterabiru123 Publish time 30-5-2022 08:55 AM

Suchi replied at 28-5-2022 08:15 AM
Cerita yg mana ya? Kalau ada nak baca

halla xjumpa dh... nnt klu jumpa iols bagi link...

Suchi Publish time 30-5-2022 08:58 AM

felinecat replied at 28-5-2022 03:38 PM
Content die mcm lapar perhatian sikit. Aku rase kt Malaysia xde pon org nk kutuk kalo kawen lelaki t ...

Duda kan laki dia tu sbb ada video mandi2 kat sungai tu mcm ada budak2 lain gak.

Suchi Publish time 30-5-2022 08:59 AM

suterabiru123 replied at 30-5-2022 08:55 AM
halla xjumpa dh... nnt klu jumpa iols bagi link...

Okeh, iols tgk fb dia gak tp tk jumpa pasal kisah viral dia nih. Maybe lupa ke apa la kot.

suterabiru123 Publish time 31-5-2022 10:22 AM

Suchi replied at 30-5-2022 08:59 AM
Okeh, iols tgk fb dia gak tp tk jumpa pasal kisah viral dia nih. Maybe lupa ke apa la kot.

mebi dia dh delete kot.. viral lama dh tahun 2017 ....siap post dlam krt tapi dia p balas2 komen pastu mula la org tau dia pengadu tu..n org mula follow dia... gitu la seingat iols...
Pages: [1]
View full version: "Asal Bukan Suami Orang," - Berkali-kali Tolak Cinta, Wanita Tak Sangka Berjodoh Suami Tua 18 Tahun


ADVERTISEMENT