tatod Publish time 25-5-2022 02:53 PM

Gaduh Sebab Wang Palsu Sampai Campak Duit, Influencer Akui Hanya Gimik Marketing

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/25/134639reoj2i6jzi5zzji2.png

Minggu lalu, tular di TikTok seorang pempengaruh dikenali sebagai Puteri Sari mengamuk hingga mencampakkan sejumlah wang di hadapan 'founder' produk, Siti Jamumall kerana duit yang diterima sebagai bayaran 'review' itu didakwa palsu.


Memuat naik rakaman adegan 'campak- mencampak' wang yang berlaku antara Sari dan Siti, netizen menuduh kejadian berkenaan hanyalah salah satu teknik pemasaran yang sudah kerap disajikan oleh 'influencer' mahupun 'founder' sebelum ini.


7098633576006094106


Selepas seminggu, segala persoalan akhirnya terlerai. Seperti yang tekaan netizen, Sari menerusi potongan video ketika gadis itu membuat siaran langsung di aplikasi berkenaan, dia mengakui insiden pergaduhan itu sudah dirancang.


Menerusi akaun TikTok @dayahae_, Sari memaklumkan masalah lain mulai timbul apabila video berkenaan mulai mendapat perhatian ramai. Pihak Siti seolah-olah memanjang isu berkenaan sedangkan perjanjian asal bukanlah seperti itu.


7098700235509173530


"Awal-awal okay semua. Saya tahu nama akan dikeji tapi benda ini tiga hari sahaja sebab saya banyak kerja. Kalau isu ini panjang dan tidak berbaik-baik elok, saya akan beritahu umum ini marketing. Tapi tak, mereka masih nak panjangkan...," kata Sari sebelum rakaman itu berakhir.


Walaupun gadis berkenaan sekali lagi tampil bagi menjelaskan situasi sebenar, rata-rata ramai netizen yang merasakan dia tidak perlu berbuat sedemikian kerana sejak awal lagi mereka sudah dapat menghidu pergaduhan itu hanyalah sekadar 'marketing' semata-mata. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/25/142416nbgf1jpqlp9p2jrp.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/25/142416w8foyoymjmoyw89e.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/25/142417vaca25ncca236nu2.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/25/142417dacoy222jwxaxw21.jpg





suterabiru123 Publish time 25-5-2022 05:14 PM

hahaah bodoh sama je..sorang sekolah x habis.. sorang lagi mmg kaki gimik

Jajuli Publish time 25-5-2022 08:03 PM

Tak suka tipu orang katanya

jari10 Publish time 26-5-2022 11:56 AM

Haha berani sangat ke guna isu duit palsu camni? MEngundang sangat.. nak kena kutip dek PDRM ke?

toynme Publish time 30-5-2022 05:40 PM

pastu yang beria2 menjerit tu apo bondo? sampai terkeluar urat tekak...
kesian org zaman now nak kaya sanggup buat keje bodoh

yang dahi luas tu jenis ckp slow2 ekk....ehh nak carut aje pepetang ni...nasib puasa....

missHIJAU Publish time 18-6-2022 01:37 AM

antara tiktoker yg aku block ni si putri depress sari ni lah.

Wowlela Publish time 18-6-2022 02:32 AM

Boring ler so call influencercenggini.. orang kata level bengap ????

Markonah_7 Publish time 13-1-2023 09:00 PM

Bosan dik..      
Pages: [1]
View full version: Gaduh Sebab Wang Palsu Sampai Campak Duit, Influencer Akui Hanya Gimik Marketing


ADVERTISEMENT