Cintaerina Publish time 25-5-2022 02:21 PM

Dah Besar Pun Asyiela Putri Masih Boleh Buat Suara Upin-Ipin!

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/25/115718nlqlvxcvczlylje1.pngSumber: Tiktok Les' Copaque


Bagi sesiapa yang mengikuti animasi kegemaran kanak-kanak iaitu Upin dan Ipin, pasti kita kenal pemilik sebenar suara watak utama animasi itu. Sejak dari kecil lagi gadis bernama Asyiela Putri merakamkan suaranya untuk watak Upin dan Ipin.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/25/120346imvcvbyvugy9vry7.pngSumber: Instagram Asyiela




Walaupun Asyiela sudah dewasa, dia masih mampu mengekalkan suara sebenar Upin dan Ipin, sangat unik dan berbakat. Baru-baru ini, Les' Copaque memuat naik video terbaru Asyiela di platform Tiktok.


Menerusi posting itu, kelihatan Asyiela sedang merakamkan suara untuk beberapa babak animasi itu. Kebolehan dan keunikkan suara Asyiela telah meraih perhatian ramai.


7098210412079942939


Oleh itu, ramai netizen yang memuji bakat gadis ini. Ada juga yang tidak mempercayai bahawa suara Upin Ipin itu milik Asyiela. Hal ini kerana, bukan mudah untuk seseorang mengekalkan suara yang sama seiring lagi-lagi apabila usia semakin meningkat. Mesti ramai pembaca disini yang ingat suara comel ini milik kanak-kanak kan?


Bukan sahaja suara Asyiela yang menarik perhatian, netizen juga turut memuji kecomelan wajahnya. Jika diperhatikan dalam video itu, mimik wajah yang ditunjukkan oleh Asyiela sangat seiras dengan gaya Upin dan Ipin.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/25/115717cxtguvxddiznguxs.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/25/115716f6b6ec66b62skbv6.png

Sumber: Tiktok Les' Copaque





Kami warga CARI mengucapkan selamat maju jaya untuk Asyiela Putri. Semoga Asyiela berjaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi kelak. - CARI


maitang Publish time 25-5-2022 02:40 PM

bagus budak ni menten suaranya

prettyuglybabe Publish time 25-5-2022 02:41 PM

tunggu suara jadi suara opah baru cari pengganti kot..

Normabaru Publish time 25-5-2022 03:06 PM

Terbayang budak ni dating..pastu kawen pastu dodoi ank sume pki sore upin ipin..hahaha.mmg rezeki dia betul
Pages: [1]
View full version: Dah Besar Pun Asyiela Putri Masih Boleh Buat Suara Upin-Ipin!


ADVERTISEMENT