Cintaerina Publish time 24-5-2022 05:26 PM

Gadis Derita Penyakit 'XP' Tak Boleh Kena Matahari, Pakai 'Sunblock' Sepanjang Masa

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/24/165942ne35add3pu13pnap.pngSumber: Instagram Mstar


Baru-baru ini tular video yang dikongsikan oleh seorang gadis yang berasal dari Pariaman Sumatera Barat, Indonesia. Menerusi posting tersebut, gadis ini menjelaskan bahawa dia menghidapi penyakit yang jarang didengari iaitu XP atau nama penuh Xeroderma Pigmentosum.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/24/171351hss1f9mm2mmcjfkc.jpgSumber: Google Image




Untuk pengetahuan semua, penghidap penyakit itu tidak boleh terkena sinar matahari kerana kulit mereka yang terlalu sensitif.


https://www.instagram.com/tv/Cd4sS2ep387/?utm_source=ig_web_copy_link


Menurut berita dari mStar, gadis yang bernama Fahza Syafira Karin itu menjelaskan bahawa dia dilahirkan normal tanpa sebarang penyakit namun ketika dia berusia setahun, badannya mula timbul bintik-bintik hitam.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/24/171258fykbh2oq2y9jh2ks.pngSumber: Google Image




Tambah Fahza, pada mulanya bintik-bintik hitam itu berlaku kerana demam campak teruk yang dialami ketika berusia sembilan bulan. Namun selepas beberapa kali berjumpa dengan doktor, gadis itu disahkan menghidap penyakit XP.


Gadis ini juga menerangkan bahawa dia tidak boleh terkena cahaya matahari. Hal ini menyebabkan dia perlu memakai 'sunblock' apabila mahu keluar dari rumah.


Tetapi, dia sangat bersyukur kerana penyakit itu tidak berjangkit dan dia juga sentiasa mengamalkan multi-vitamin untuk mengurangkan 'kulit terbakar'. -CARI


Orix Publish time 24-5-2022 05:40 PM

siannya.... iols tgok org kena eczema pun mcm susahnyaaaaa nk jaga, inikan plak x leh kena matahari

makadek Publish time 26-5-2022 02:38 AM

Bkn sihir ke
Pages: [1]
View full version: Gadis Derita Penyakit 'XP' Tak Boleh Kena Matahari, Pakai 'Sunblock' Sepanjang Masa


ADVERTISEMENT