Cintaerina Publish time 24-5-2022 05:21 PM

"Wow Lain Dari Yang Lain" - Tawar Hantaran RM20 Ribu, Ayah Pihak Perempuan Suruh Diskaun

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/24/161900t2l8tbhwvkhpwmbe.pngSumber: Twitter Kaiser Fariz


Sebut sahaja topik berkenaan duit hantaran, pasti ramai lelaki yang takut mendengarnya. Hal ini kerana, ramai anak dara zaman ini sudah berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya sendiri maka menjadi kebiasaan bagi pihak keluarga perempuan untuk meletakkan nilai yang tinggi sebagai syarat untuk bernikah. Namun berbeza pula kisah berkenaanseorang bapa ini, apabila dia merasakan jumlah RM20 ribusangat tinggi.


https://twitter.com/kaiserfariz/status/1528623971532304384?s=20&t=9M4g6fRG6aieuGjnPjcs_g


Kisah itu telah diceritakan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Fariz Ahmad dimana dia telah berkongsikan kisah mengenai anak perempuan yang baru sahaja berkahwin. Menurut Fariz, bakal menantunya sangat terkejut apabila dia meminta untuk menurunkan harga duit hantaran itu. Hal ini kerana Fariz tahu bahawa pengantin yang baru berkahwin akan memakai duit yang banyak untuk membina kehidupan selepas berkahwin.


https://twitter.com/kaiserfariz/status/1476177400979345408?s=20&t=493sUooYvONOI5kSkZwxlg


Selepas beberapa kali dia meminta untuk menurunkan jumlah hantaran itu, Fariz akhirnya menerima cadangan bakal menantunya untuk memberi hantaran sebanyak RM15 ribu. Tambah Fariz, ibu bapa di luar sana tidak seharusnyabebankan anak-anak dengan hantaran mahal. Hal ini kerana kita juga perlu prihatin terhadap soal kehidupan pengantin selepas mereka berkahwin.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap prihatin Fariz berkenaan cabaran yang akan dilalui oleh pengantin baru setelah mendirikan rumah tangga. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/24/162138zq2mnxcnz9gxpb07.pngSumber: Twitter Kaiser Fariz







uda Publish time 24-5-2022 06:40 PM

Bukan semua hantaran tu dapat kan pengatin perempuan! So mereka akan gunakan duit tu juga untuk kegunaan mereka suami isteri. Sama je.

addamnor Publish time 24-5-2022 08:13 PM

Edited by addamnor at 24-5-2022 08:15 PM

Kau tanya anak perempuan kau lah dia nak berapa hantaran, then convert it into fully mas kahwin. Simple and easy. Yang nak kahwin kena serah body kena hadap perangai jantan bagai tu semua anak perempuan kau, bukannya kamu orang parents. Jangan kau sebat duit itu buat cover kenduri belah kau sudah. Ini yang banyak berlaku dalam kalangan ummah melayu iya. Suka pow menantu utk majlis belah dia. Banyak cantik. Ank perempuan nya terkulat2 dapat mas kahwin rm 180. Choy sangat konsep hantaran & mas kahwin umat tanah air.

nesloice Publish time 24-5-2022 08:43 PM

ah sembang mesti nak A

Zack8hunter Publish time 24-5-2022 08:46 PM

Edited by Zack8hunter at 24-5-2022 08:47 PM

addamnor replied at 24-5-2022 08:13 PM
Kau tanya anak perempuan kau lah dia nak berapa hantaran, then convert it into fully mas kahwin. Sim ...

betul.. mostly mmg anggap duit hantaran tu buat guna utk buat kenduri belah pompuan.. siap pakej dpt salam kaut time kenduri semua masuk poket parents. Modal tak pyh keluar, duit masuk.. padahal duit hantaran tu leh digunakn utk pengantin mulakan hidup.

*Time kenduri kawen aku belasan thn dulu pun salam kaut dpt lbh dr RM10K ;P

addamnor Publish time 24-5-2022 09:00 PM

Zack8hunter replied at 24-5-2022 08:46 PM
betul.. mostly mmg anggap duit hantaran tu buat guna utk buat kenduri belah pompuan.. siap pakej d ...

Jahat nau buat kenduri then kenakan salam kaut. Choi meniaga ke apa neh :lol:

imransulaiman Publish time 25-5-2022 05:15 AM

Apa salahnya lelaki bawa 20K?? Bukan kau minta pun! Terima saja duit tu...then serah pada anak semua. Kau tanggung semua belanja majlis belah kau. Tak payah canang satu dunia kau mentua sorga!

Parents lain letak harga mungkin tak hidup mewah macam kau.

Orang yang tahu hukum akan duduk diam-diam kecuali orang bertanya.

Haih lahhhhhh!

esbok Publish time 25-5-2022 09:03 AM

Ada pakcik ni, pendek je script "terpulang pada kamu"

Tidak ketahuan lah selepas itu berapa pun figuranya. Syukur, Bahagia rumah tangga anaknya. Desas desus, banyak menantu nya sediakan untuk anaknya. Ye la untuk isteri dia juga pun, bukan untuk sapa pun.

pinkpunk Publish time 25-5-2022 09:16 AM

bapak den tak letak pun price.. terpulang pengantin... org tua takyah sibuk. barulah betul. yg nk mengadap anak menantu..

fair_iza Publish time 25-5-2022 11:26 AM

Bila org tua ada twitter;P

arianakhalid Publish time 25-5-2022 05:06 PM

Sembang kencang pakcik

renko Publish time 25-5-2022 05:32 PM

kau datang nnt sebut hantaran
nanti aku acah2 la bagi diskaun
boleh viral kat socmed

ally9970 Publish time 26-5-2022 04:12 PM

Bukan hantaran tu dia yg nak kena letak? Nape dia pulak mintak kurang?

nakkomenjugak Publish time 29-5-2022 07:33 PM

kang dimintak juta rupiah
sampai mati anak ko tak kawen kangggg

Siput_Sawah Publish time 30-5-2022 12:18 PM

uda replied at 24-5-2022 06:40 PM
Bukan semua hantaran tu dapat kan pengatin perempuan! So mereka akan gunakan duit tu juga untuk kegu ...

duit mas kawin hak wanita dan selalunya duit hantaran tu akan hangus utk majlis kenduri dan itu ini. selalu mcm tu laaa.

lattehazelnut Publish time 30-5-2022 01:36 PM

Edited by lattehazelnut at 30-5-2022 01:37 PM

Still 15k bukan murah mana pun lolololol
Kalau senaskah alquran ke boleh la nak gebang..

N muka pak mertua n menantu sebijik..
Da buat paternity test x ahahaha..

uda Publish time 30-5-2022 01:57 PM

Siput_Sawah replied at 30-5-2022 12:18 PM
duit mas kawin hak wanita dan selalunya duit hantaran tu akan hangus utk majlis kenduri dan itu in ...

Ohh...
Tapi dulu my parents beri semua kat I duit hantaran

copy_paste Publish time 31-5-2022 09:24 AM

kalau aku, nk bg berapa amik je lah,last2 bg juga kat anak perempuan,pastu sama2 la diorg guna duit tu
Pages: [1]
View full version: "Wow Lain Dari Yang Lain" - Tawar Hantaran RM20 Ribu, Ayah Pihak Perempuan Suruh Diskaun


ADVERTISEMENT