Agent13k Publish time 24-5-2022 04:27 PM

Penumpang Kecewa Harga Tambang Mahal, Pemandu Grab Tampil Berikan Jawapan

Sebelum ini, ramai penumpang meluahkan rasa kekecewaan mereka kerana harga tambang Grab sekarang menaik, dan ada penumpang sekarang sudah kembali menggunakan perkhidmatan teksi bermeter kerana tidak tahan dengan harga e-hailing itu.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/24/154343joi5ou0no12x5kvs.pngkredit foto: Vulcan



Petikan dari Wiser, baru-baru ini Persatuan Kebajikan Pekerja Industri e-Hailing Malaysia iaitu Jose Rizal berkata peningkatan kadar tambang itu perlu dilihat secara menyeluruh dari setiap aspek termasuk waktu puncak.

https://twitter.com/datukhensem/status/1527877963605110784?s=20&t=Do9drFICqmx9WJl5zu8yAQ

Difahamkan, kadar tambang perkhidmatan e-hailing adalah dinamik berikutan kadarnya yang selalu berubah angin kerana kekurangan pemandu melebihi permintaan dari penumpang. Tambahan pula, pemandu e-hailing sekarang ini tidak boleh memperbaharui "roadtax" e-hailing di poslaju dan UTC, tetapi hanya boleh buat di pejabat JPJ sahaja.

https://twitter.com/fidelisaac/status/1524413609823981568?s=20&t=Mg_ww269KHqZmOfQstKFbA

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata kementeriannya akan berbincang dengan pengendali e-hailing untuk menjawab aduan pengguna, mereka perlu menjawab dan bagi justifikasi tentang kenaikkan harga di e-hailing itu. -CARI

Zack8hunter Publish time 24-5-2022 09:03 PM

based on apa yg dishare kt atas tu, alasan Grab naik harga sbb x ramai pemandu part timer dah mcm dulu.. sbb kene renew roadtax kt JPJ... tu jer?? ;P
Pages: [1]
View full version: Penumpang Kecewa Harga Tambang Mahal, Pemandu Grab Tampil Berikan Jawapan


ADVERTISEMENT