"Merisik Di Habib Jewels" - Hanya Teman Beli Cincin, Gadis Terkejut Terus Dirisik Bakal Mertua
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/24/135930mn89ryaacr9n544t.pngSumber: Tiktok NadMendirikan rumah tangga merupakan impian setiap pasangan bercinta terutamanya yang telah bercinta selama bertahun-tahun, pasti status menjadi seorang suami atau isteri merupakan momen paling dinanti-nantikan.
Bahkan, ada yang terus merisik ketika pertama kali bertemu dengan bakal menantu. Tidak disangka situasi sama berlaku kepada gadis ini apabila dia dirisik secara 'tiba-tiba'.
Kisah mengenai gadis itu dikongsikan pengguna Tiktok dikenali sebagai Nad. Menerusi perkongsian itu, kelihatan seorang gadis dan wanita berada dalam premis barangan kemas. Menurut penceritaan, gadis itu menemani teman lelaki serta bakal ibu mertuanya untuk membeli sebentuk cincin di Habib Jewels.
7100458496247794970
Selepas selesai membeli cincin, kelihatan teman lelakinya tiba-tiba merakam seakan-akan ingin mengambil gambar gadis itu dan ibunya. Rupa-rupanya, ibu lelaki tersebut ingin terus merisik teman wanita anaknya itu. Hal itu membuatkan gadis itu terkejut sehingga dia tersipu malu ketika disarungkan cincin.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada gadis itu dan dalam masa yang sama, ramai yang sempat memuji kecantikan wajah ibu lelaki tersebut. - CARI
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/24/135930med8skkukntt1zvg.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/24/135930lhgu552g5tuhgpkd.png
Sumber: Tiktok Nad
pompuan tu anak yatim piatu ke? Adakah parent girl ni dah tahu? :o
Awat muka mak laki tu kelat? KamikuP replied at 24-5-2022 03:40 PM
Awat muka mak laki tu kelat?
dipaksa
terpaksa
desakan anaklelaki utk content?
Sah lapar sohor muka maknya macam tak rela ;P prettyuglybabe replied at 24-5-2022 03:31 PM
pompuan tu anak yatim piatu ke?
Mungkin lah..
Kalau parents masih ada, agaknya parents pun sempoi2 je. Tak kisah adat budaya ni semua.. janji anak dikawinkan dengan lelaki helok.. :loveliness: Tak nampak tersipu2 malu pun Biasalah demi content.. tau dah :lol:
Riak muka mak cam xrela je. Tapi demi anak, tebalkan muka. Cian mak.
Mak mcm x happy jer bapak cringe muka emak dia nmpk muda. muka bakal pengantin lak mcm kanak2 ribena pesen sekarang memang mata glued to the lens. i dont care anything else, i must be camera ready. Edited by giyomi at 26-5-2022 06:08 PM
even klu parent dak ppuan dah tau, but is this the proper way?pastu bangga up kat medsos. :o...wuteva lah Pesal merisik camtu, kau ingat ini movie omputih ke. Parents perempuan iteew ok ker tak Org old school cam aku can't relate..merisik sepatutnya membabitkan keluarga kedua2 pihak.. Girl ni tkde mak bapak ke Maknya muka kelat je..trpaksa layan kan demi content anak..mak2 biasa suka ikut adat.dtg rumah,kenal2 keluarga.bukan tiba2 sarung cincin kt kedai mcmni
Pages:
[1]
2