Agent13k Publish time 23-5-2022 05:08 PM

Sekolah Biarkan Murid-Murid Makan Bersila Tanpa Alas Tikar

Mengadakan jamuan makan di sekolah adalah perkara biasa dan jamuan ini selalu dilakukan untuk sambutan hari lahir seseorang itu, menyambut Hari Guru, khusus kecil-kecilan dan lain-lain lagi.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/23/164525bb4417ntken5bb1k.pngkredit foto: Twitter



Petikan dari Redaksi, baru-baru ini ada ciapan tular di media sosial Twitter, yang kelihatan murid-murid dibiarkan makan bersila dilantai tanpa alas tikar, sementara guru-guru lain dan tetamu kenamaan pula makan selesa di atas meja dan kerusi beralas.

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1527626968929546241?s=20&t=phMz9oboBXfN18kqfXVwHA

Difahamkan, ramai neitzen dan segelintir ibu bapa murid tersebut tidak berpuas hati dengan sekolah itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diminta menjalankan siasatan ke atas sekolah tersebut dan menurut Presiden Persatuan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, siasatan tersebut perlu dilakukan bagi mengetahui kebenaran dan mengelak tanggapan serta persepsi negatif dari pihak sekolah itu.

https://twitter.com/IdderesMh/status/1527628139979243520?s=20&t=phMz9oboBXfN18kqfXVwHA

Menjengah di komen pula, ada netizen yang berkata ini adalah perkara normal bagi murid-murid itu, dan ada juga mengatakan sekolah itu sekurangnya letak alas tikar di tempat makanan murid-murid itu. -CARI

akuchenta Publish time 23-5-2022 05:17 PM

Kesiannya anak2 tu...
Takkan sekolah xda meja kerusi utk dorang

Cokoro Publish time 23-5-2022 05:57 PM

Kalau semua pakat makan kt bawah ok lah. Ni cikgu mkn ats meja beralas. Inilah kecik2 dh diajar double standard.

awanearisu Publish time 23-5-2022 08:58 PM

Dalam gambar di artikel ini pula, kelihatan pula seorang cikgu boleh berjalan di antara barisan pelajar dengan tidak menanggalkan kasutnya.

Justeru menjadi persoalan, sejauh manakah bersihnya lantai tersebut?

Lagubestbest Publish time 23-5-2022 09:34 PM

nampak macam area kantin. nape gigih clear meja semua bersila macam tu.

Tembikaigoreng Publish time 24-5-2022 05:40 AM

Apalah punya sekolah, xpayah mewah tapi cukuplah meja kat kantin tu. Dulu rumah terbuka sekolah aku, tiap tahun steady je makan kat kelas. Dah kenapa biarkan makan kat lantai macam tu

Daftpunk_shine Publish time 24-5-2022 06:51 AM

Ni mesti jamuan raya buat ramai-ramai kt kantin/ dewan terbuka..

nakkomenjugak Publish time 29-5-2022 07:41 PM

deme dah tak buat dalam kelas macam dulu keee jamuan2 sekarang?
zaman iol gitu, pastu sibuk ziarah kelas orang hehehe

Login_ID Publish time 1-6-2022 11:14 AM

sekolah anak aku dikelas masing2.
murid asnaf / RMT je yang duduk sekali dengan VIP utk penyampaian duit raya.
Pages: [1]
View full version: Sekolah Biarkan Murid-Murid Makan Bersila Tanpa Alas Tikar


ADVERTISEMENT