Cintaerina Publish time 23-5-2022 03:00 PM

"Tunjuk 'Benda' Atas Almari" – Kini Anak Hafiz Mahamad Pula Kena Gangguan, Ramai Kata Akibat Suka Menunjuk

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/23/110011dpvd2knppprkn4e2.pngSumber: Instagram Hafiz Mahamad


Baru-baru ini, usahawan berjaya dan influencer media sosial iaitu Hafiz Mahamad akhirnya telah membuka mulut dan tampil untuk menerangkan situasi yang terjadi kepada isteri iaitu Syafiqah Aina dan anak perempuan mereka. Untuk pengetahuan semua, beberapa bulan yang lalu, tular video mengenai isteri Hafiz yang dikatakan telah disihir oleh seseorang.


Hafiz telah memuat naik posting terbaru itu menerusi akaun Instagram miliknya. Menurut Hafiz, ada pihak yang berasa tidak senang dengan keluarganya. Individu itu telah menggunakan ilmu sihir kepada keluarga kecil Hafiz dan menyebabkan isterinya terkena tempias sihir itu. Namun, terbaru ini anaknya iaitu Raisya Arissa juga turut 'diganggu'.


https://www.instagram.com/reel/CdyPybIpriS/?utm_source=ig_web_copy_link


Kata Hafiz, sebelum dia berangkat untuk menunaikan umrah, Raisya tiba-tiba demam panas dan menangis. Menerusi video yang dimuat naik itu, anaknya dilihat menangis teresak-esak dan ketakutan sambil menunjukkan tangannya ke arah almari di pakaian di rumahnya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/23/110234v39uuy91riumpis0.pngSumber: Instagram Hafiz Mahamad





Hal ini menyebabkan Hafiz telah mendapatkan bantuan perubatan Islam untuk membantunya keluarganya. Usahawan ini juga berkata dia telah memaafkan individu yang ingin memporak-perandakan keluarganya.


Tambah Hafiz, dia juga berharap individu yang sanggup menganiaya keluarganya itu akan menerima balasan yang setimpal dengan tindakannya. -CARI


Thunderclouds Publish time 23-5-2022 07:53 PM

Kasihaaannn..sendunya tered sihir nih

lyshafull Publish time 23-5-2022 11:32 PM

Anak krne sihir (katanye) sempat lagi menunjuk buat karangan 160 patah perkataan dekat ig .. hebat founder malaysia

missyL Publish time 24-5-2022 01:59 AM

Seram nye lah klo bdk2 dok tunjuk2 nie
Bby i pn sike dok tgok situ sini tmpt xde ape
Serammmm okehhhh

missyL Publish time 24-5-2022 02:00 AM

lyshafull replied at 23-5-2022 11:32 PM
Anak krne sihir (katanye) sempat lagi menunjuk buat karangan 160 patah perkataan dekat ig .. hebat f ...

Semua nye content
Content jadi duit
Gitu la

nellyberry Publish time 24-5-2022 08:19 AM

teruskanlah jadi bodoh.
sanggup jual keselamatan anak bini utk content.

chilly Publish time 24-5-2022 06:59 PM

Beli garam kat alipsukuri

MsJules Publish time 24-5-2022 07:16 PM

Kalau dia orang baik, dia takkan cakap: Tambah Hafiz, dia juga berharap individu yang sanggup menganiaya keluarganya itu akan menerima balasan yang setimpal dengan tindakannya."

Patut doakan yang terbaik supaya orang tu diberi rahmat dan dibuka hatinya untuk berubah.

Kita tak boleh doakan yang buruk. Itu bermakna kita pon sama jahat ngan orang yang jahat kepada kita.

totokreturn. Publish time 7-6-2022 12:30 PM

tak habis2 buat content

indenial Publish time 7-6-2022 01:18 PM

“Wallahi, kami bahagia”


:lol:

shashalala Publish time 7-6-2022 02:39 PM

Sempat kau rekod anak nangis bagai eh…

nadya_lavender Publish time 7-6-2022 05:12 PM

Rasa rengsa tengok sume benda nak jadikan content

totokreturn. Publish time 9-6-2022 04:18 PM

produk dia mcm mana la, masih org dok beli lagi ke?

namieamuro Publish time 10-6-2022 12:47 PM

maka, bertepuk tangan la org yg buat anak bini die. dendiam berubat dh la

namieamuro Publish time 10-6-2022 12:48 PM

indenial replied at 7-6-2022 01:18 PM
“Wallahi, kami bahagia”

sgt bahagia katenye

CikYaYaYa Publish time 11-6-2022 03:23 PM

Dalam ank duk nanges mcm tu pon sempat lagik amik gambar... :curse:
Pages: [1]
View full version: "Tunjuk 'Benda' Atas Almari" – Kini Anak Hafiz Mahamad Pula Kena Gangguan, Ramai Kata Akibat Suka Menunjuk


ADVERTISEMENT