Agent13k Publish time 23-5-2022 02:59 PM

Pemandu Van Buat U-Turn Di "Double Line", Dilanggar Kereta

Sikap pemandu di jalan raya sejak kebelakangan ini semakin merbahaya dan kebanyakan adalah berpunca daripada sikap memandu secara cuai dan tidak peduli tentang keselamatan di jalan raya.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/23/134820mpyyp7rhjjph4oqd.pngkredit foto: Facebook



Petikan dari Redaksi, baru-baru ini ada video tular di media sosial Facebook yang memaparkan seorang pemandu van dari Rohingya yang dengan selambanya membuat pusingan U "double line" di jalan raya Senai, Johor.

https://www.facebook.com/kosmo.online/videos/1196452991122556

Difahamkan, rakaman itu menunjukkan pemandu van itu membuat pusingan U secara tiba-tiba hinggakan pemandu kereta yang mempunyai "dashcam" tersebut tidak mempunyai waktu untuk menekan brek keretanya.

Tambahan pula, pemandu van tersebut telah mengakibatkan kemalangan yang melibatkan seorang ibu yang mengandung dan anak-anaknya yang masih bayi.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/23/134841iz251ucdfuhq5chf.pngkredit foto: Facebook



Menjengah di komen pula, ramai yang sakit hati dengan pemandu van yang tidak bertimbang rasa dan melanggar peraturan di jalan raya, ada yang juga mengatakan mereka rasa sedih apabila dengar bayi menangis selepas dirempuh oleh van itu. -CARI

whimsicalmusic Publish time 23-5-2022 07:35 PM

Seriau..kuat jgk accident tu..suka hati je nk u turn

Samerosie Publish time 23-5-2022 09:36 PM

Ini oklah buat uturn sbb jalan straight dua hala, pagi tadi nampak org buat uturn kat roundabout.My brain was like apa yg aku nampak ni siot.Sekolah memandu mana ajar kau ni.

Samerosie Publish time 23-5-2022 09:38 PM

Pemandu keret ni pun dari jauh dah nampak van tu kau lagi tak slow down pesapa.You had ample time to break.Ni mesti anak pun not secured in babychair kan dah terpelanting.

buapakperut Publish time 24-5-2022 09:41 AM

Driver kete tak slow down untuk elakkan kemalangan. Yg drive van pulak patut mati terus

ezacbee Publish time 24-5-2022 06:39 PM

Warga asing senang2 je memandu tanpa lesen. :L

mejaputih Publish time 27-5-2022 09:57 AM

buapakperut replied at 24-5-2022 09:41 AM
Driver kete tak slow down untuk elakkan kemalangan. Yg drive van pulak patut mati terus

yup2...dua2 menyumbang...

Mary_jane Publish time 27-5-2022 02:37 PM

Berani ye dengan takde lesen buat salah plak tu atas jalan raya. Kan dah susah kena pergi balai, claim insurans. Habis masa ke situ je. Dengan anak kecik lagi. :dizzy:

anakmak Publish time 27-5-2022 04:01 PM

Harap anak duduk dlm safety car seat
Pages: [1]
View full version: Pemandu Van Buat U-Turn Di "Double Line", Dilanggar Kereta


ADVERTISEMENT