rizalra75 Publish time 21-5-2022 11:31 PM

Perlu ambil MC atau apply cuti 1 hari?

Edited by rizalra75 at 21-5-2022 11:49 PM

Assalamualaikum semua,

Saya baru mendapat pekerjaan disalah satu universiti swasta di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya melaporkan diri di universiti tersebut pada 17hb. May 2022 iaitu pada hari selasa yang lepas. Jawatan saya adalah jawatan senior assistant registrar dengan pendapatan RM4500 dan ke atas.

Pada 19hb May 2022 yang lepas, saya menerima jemputan sesi temuduga melalui email sebagai pengarah di PPANP, salah sebuah agensi kerajaan di negeri Perak. Tarikh temuduga adalah pada 30hb May 2022 bertempat di hotel Seri Malaysia, Ipoh.


Saya juga telah menerima panggilan dari staf PPANP bertanyakan status jemputan temuduga samada telah terima atau tak. Masa bercakap dalam talian, staf tu bersungguh-sungguh dan merayu agar saya datang ke sesi temuduga kerana katanya " Encik adalah salah seorang calon terbaik kami". "Ini jawatan pengarah. Mana tahu encik jadi boss saya nanti".

Isunya adalah saya baru je melaporkan diri hampir 4 hari bekerja di universiti itu. Tempoh percubaan pula adalah 06 bulan. Saya fikir adalah x sesuai kalau apply cuti. lepas tu pulak apply cuti utk sesi interview dengan syarikat lain. Saya rasa memang tak sesuai mcm tu.

Cuma selepas berjaya temuduga hari tu saya kena buat medical check up. Result OK cuma ada kencing manis sahaja. Jadi dlm borang tu mmg saya ada tulis penyakit kencing manis beserta nama dan jenis ubat yang diambil.

Jadi, yg mana options yg sesuai? Saya minta pandangan terbaik dari rakan-rakan disini:

OPTION 1 :

1. Saya apply cuti satu hari beritahu ingin jumpa DR untuk WALK IN jumpa DR. sebab ubat kencing manis dah habis.
Kalau guna option ini, mmg xde appointment dengan DR. Jadi xde bukti atau lampiran appointment pada 30hb tersebut. BOLEH KE SAYA CALL KLINIK UITM S.BULOH MINTA SEGERA BUAT APPOINTMENT PADA 30HB? Saya ada called sebelum ini tetapi pihak klinik kata dtg walk in sahaja. So camana ya?
Saya x pasti pulak samada boleh apply cuti sewaktu tempoh percubaan 6 bulan ini. Dlm offer letter xde sebut.


OPTION 2 :

1. Saya ambil MC sahaja pada 30hb (Isnin) dan selepas interview kat Hotel Seri Malaysia di Ipoh terus bergegas ke klinik UITM Sungai Buloh utk jumpa Dr. pada sesi sebelah petang.

Apakah pandangan rakan-rakan semua? Kebetulam appointmoint saya dengan DR. di Sungai Buloh dah terlepas atas faktor kewangan dan masa. Jadi bekalan ubat memang dah habislah.

Selain itu,isu yang wujud adalah HR masih tidak key in nama saya dalam sistem XXXXX jadi sekrg ni mmg x boleh apply cuti melalui sistem tersebut. Permohonan cuti adalah secara dalam talian sahaja. Tetapi saya x pasti minggu depan dari Isnin - Jumaat. Klu masih belum ada nama dlm sistem bermakna x boleh apply cuti.


Terima kasih kerana membantu saya.




cikdumbo_92 Publish time 21-5-2022 11:45 PM

Boleh ke ambil pergi Klinik/hospital sebelah petang untuk ambil MC? Biasanya kena datang sebelah pagi atau sebelum pukul 12 tengahari huhu. Boleh Cuba option 2

rizalra75 Publish time 21-5-2022 11:55 PM

Edited by rizalra75 at 21-5-2022 11:57 PM

cikdumbo_92 replied at 21-5-2022 11:45 PM
Boleh ke ambil pergi Klinik/hospital sebelah petang untuk ambil MC? Biasanya kena datang sebelah pag ...
Option 2 tu yg ambil MC dlm pukul 2.,00 petang..Ni jumpa Dr check dan ambil ubat kencing manis.
Risau juga sebab kata staff PPANP tu ada hampir 5 calon pada hari itu. Tak semestinya saya yg pertama pukul 9.00 pagi tu.


cikdumbo_92 Publish time 22-5-2022 07:25 PM

rizalra75 replied at 21-5-2022 11:55 PM
Option 2 tu yg ambil MC dlm pukul 2.,00 petang..Ni jumpa Dr check dan ambil ubat kencing manis.
Ris ...

Oh ambil dengan ubat sekali ye, should be ok la. Good luck for the interview :)

Naatasha Publish time 23-5-2022 03:57 AM

Edited by Naatasha at 23-5-2022 04:08 AM

Segan pulak nak komen sbb rasa beza umur banyak, and cara fikir pun berbeza. Mungkin idea saya nt nampak mengarut pada encik :sweat3:

Sy rasa opt 1 & 2 tu risky sbb encik tak tau interview habis pukul berapa. Jauh juga perjalanan tu. Sy nak bagi cadangan pagi2 isnin encik pegi klinik sebelum ke tempat interview takut pula jalan jam nak ke sana kemudian kelewatan encik bagi tanggapan buruk pada interviewer. Ataupun call tempat nak interview tu, minta budi bicara untuk hadir interview sesi petang. Pagi pi klinik dulu.

Lagi satu,

Klinik uitm sg buloh tu klinik panel tempat kerja encik ke? Mesti pergi klinik panel saja kah? If tak wajib ke klinik panel, ahad malam tu encik pi lah mana2 klinik swasta, bgtau la food poisoning & muntah2 cirit birit ke, n minta MC sehingga isnin. Biasanya doc bagi saja MC.

Kalau encik nak buat dgn cara yg betul, apply cuti la jawapannya. Tpi pun tetap ada risiko. Macam mana kalau cuti tak diluluskan contoh sbb hari tu ada training / kerja untuk disiapkan atau bos luluskan half day saja?

adila39 Publish time 23-5-2022 09:14 AM

hopefully TT akan tau apa nak decide, its like giving self another peluang la ni, then might as well apply cuti tp sbb baru masuk kerja kan, why not just tell hr boleh ke u ambil a day leave bgtau ada hal personal. atau ambil je la mc. kadang makin complicated when u keep thinking about it..x pegi rasa mcm x cuba ya? tp klu u dah sign contract boleh ke resign if dapat better offfer? so dah solat istikharah? mana tau dilapangkan dada to decide. So best of luck...my piece of advice u can never get all at one time so pilih wisely and be happy with it

addamnor Publish time 2-6-2022 12:26 AM

Mc untuk orang yang medically unfit to work. Jgn menipu hidup tak akan berkat.
Take leave sahaja. You are entitled for 28 days leave kan?

lattehazelnut Publish time 9-6-2022 05:36 PM

Jauhnye kat ipoh.. u nak pindah sane ke kalau dpt..
Pages: [1]
View full version: Perlu ambil MC atau apply cuti 1 hari?


ADVERTISEMENT