Raline Publish time 20-5-2022 08:09 PM

'Along dituduh zalim, halang Zila jumpa anak'

'Along dituduh zalim, halang Zila jumpa anak'

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2022-05-20_at_8.03.55_AM_1653030007.jpg
Along menjelaskan, bekas isteri tidak dibenarkan membawa Ahmad Danial keluar atau tidur di rumahnya atas perintah mahkamah. - Foto IG Along Cham


KUALA LUMPUR: Lima tahun meraikan Syawal bersama anak tunggal tanpa kehadiran isteri, pelakon dan pelawak, Along Cham, 39, sudah semakin lali dengan situasi hidup bersendirian.

Namun, sebagai bapa, persiapan raya lebih banyak kepada anak tunggalnya, Ahmad Danial kini berusia 10 tahun.

"Dahulu fasa awal perceraian, tipulah jika tidak rasa sepi. Dengar takbir raya pun saya jadi sayu.

"Dalam hidup, siapa mahu berkahwin untuk bercerai? Namun, ini takdir hidup saya.

"Pada musim perayaan, saya lebih banyak menghabiskan masa bersama anak dan keluarga. Persiapan pun lebih kepada mereka, saya akan cuba penuhi segala keinginannya," katanya kepada BH Online.

Meraikan Syawal di rumah keluarganya di Johor Bahru, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad berkata, dia selesa bersederhana menyambut Syawal.

"Selalunya raya paling seronok melihat golongan kanak-kanak. Kita yang besar panjang, kenalah 'standby' duit raya.

"Saya pun tidak terlalu terbeban nak pakai baju raya apa atau kena sediakan berapa pasang. Cukuplah saya bersederhana dalam segala perkara," katanya.

Bakal membintangi filem terbaharu arahan teman baiknya, Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim, Along juga menjawab kecaman netizen yang menuduhnya melarang bekas isteri yang juga penyanyi Zila Seeron bertemu dengan anak.

Dilihat seperti zalim, Along menjelaskan, Zila hanya tidak dibenarkan membawa Ahmad Danial keluar atau tidur di rumahnya atas perintah mahkamah.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2022-05-20_at_8.03.45_AM_1653030003.jpg
Along mendedahkan kali terakhir bekas isteri bertemu dengan Ahmad Danial sebelum pelaksanaan PKP pertama pada 2020. - Foto IG Along Cham

Masih mengunci mulut punca perceraian, pelakon filem Adnan Sempit dan Hantu Kuat Ketawa itu berkata, dia masih berlembut hati berbanding segelintir lelaki yang terus melarang bekas isteri yang nusyuz bertemu anak.

"Ada netizen menghantar mesej langsung dalam media sosial dakwa kononnya mendapat maklumat saya melarang bekas isteri datang menjenguk dan bawa anak keluar rumah.

"Mungkin ada yang tidak faham situasi sebenar kerana tidak mengikuti kes perceraian kami. Dalam perintah mahkamah, Zila hanya dibenarkan melawat anak.

"Siapa yang mengikuti kes, mesti faham. Mungkin ada netizen yang baru tahu, nampak seolah-olah saya zalim.

"Mereka tidak baca atau faham keadaan sebenar dari awal. Saya memang tak buka mulut mengenai punca perceraian.

"Tetapi, saya tidak pernah larang, pintu rumah sentiasa terbuka buat Zila. Soal hak penjagaan anak, takkan tak faham hukum nusyuz. Kiranya, saya masih berlembut, sesetengah lelaki terus 'haramkan' berjumpa anak," kata Along.

Dalam pada itu, Along mendedahkan kali terakhir bekas isteri bertemu dengan Ahmad Danial sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada 2020.

"Kali terakhir, Zila datang jumpa Ahmad Danial sebelum PKP yang pertama. Mungkin Zila ada alasan tersendiri kenapa tidak datang jenguk anak. Pintu rumah saya sentiasa terbuka untuknya datang melawat.

"Saya dapat tahu Zila sudah pun berkahwin. Tetapi, Zila dan Ahmad Danial ada berhubung menerusi telefon.

"Mungkin Zila sudah kahwin dan memiliki anak. Jadi, mungkin sibuk dengan tanggungjawabnya.

"Saya nak marah berlebihan pun tak boleh. Takkan saya nak paksa Zila datang tengok anak pula," katanya.

Along mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat, Zila pada 23 Januari 2010 dan dikurnikan seorang cahaya mata, Ahmad Danial. Bagaimanapun, Along dan Zila bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/05/957526/along-dituduh-zalim-halang-zila-jumpa-anak

SeriBunga Publish time 21-5-2022 10:52 AM

zila dulu penah kena tangkap basah masa masih jadi isteri along yg sah kan... mungkin sbb tu kot x dibenarkan ambil bermalam atau bawa keluar

bahagiaselalu Publish time 21-5-2022 12:11 PM

zila ni cantek orangnya... cuma perangai tu ja la jahil.. x bersyukur langsung ada bekas suami sebaik along ni... if sejenis pompuan baik, mungkin kekal bahagia sampai skrg ngn along

scarflicious Publish time 21-5-2022 12:56 PM

Bukan dah ada ke cerita ni?

Goodluckdontcry Publish time 21-5-2022 06:02 PM

Edited by Goodluckdontcry at 21-5-2022 06:03 PM

Dah mak je terbukti buat Onar..SBB Tu mahkamah BG keputusan mcm Tu..teringat menyorok balik almari..ko ingt ko Ada kuasa halimunan ke dik.. tinggal Anak yg msh umur fragile semata nak scandalous..Sekarang, klu BTL DH kawin lain..lglah bonding dgn anaknya mcm Ada xada je..bertabahlah dik..moga adik membesar bak juara..mcm dlm iklan Milo..amin

dua_chzy Publish time 21-5-2022 06:15 PM

Akak syak Zila Saeron ni yang kasik buruk2 si Along ni sampaikan nurtijens terhidu gosip larang jumpa anak.

auntyonion Publish time 21-5-2022 06:21 PM

Syg betul lelaki baik bini lak tah pape :sweat3:

buapakperut Publish time 21-5-2022 06:25 PM

Sekali pun iols takkan caya Lagi fitnah si zila birah ni

anilanil Publish time 21-5-2022 06:31 PM

Lepas kes tangkap basah tu bole pulak zila bagi alasan tak dpt pendidikan agama dari parents. Watdehek? Ko ingat ko kluster T20 ke duduk boarding school kat overseas? Ko felda mari sekolah kebangsaan ada subject pendidikan islam kot. Maybe betol la cetek pemikiran, kalo tak takkan bengap sgt si selfie dgn skandal smule atas katil.

NazRysha Publish time 22-5-2022 08:20 AM

zalimnya
bagi jer la si mak tu dan bermesra bermalam dengan anak
kisah lama tu mmg sakit hati tapi tak payah la berdendam
ataupun zila ni boleh jer pergi mahkamah balik dan minta ubah perintah
amboiii takkan sekali birah selamanya birahhhh
kesian kot rindu anak

asfaz Publish time 22-5-2022 10:42 AM

SeriBunga replied at 21-5-2022 10:52 AM
zila dulu penah kena tangkap basah masa masih jadi isteri along yg sah kan... mungkin sbb tu kot x d ...

Aah .sebelum tu dia ckp pasal along. Teruk along kena dengan netizens. Sekali tak berapa lama kena tangkap basah pulak.

hotmak Publish time 22-5-2022 10:48 AM

tak rindu anak ke, lama tu dari 2020 ke suami baru halang jumpa, manalah tau kan sebab nak jumpa pun kat rumah along je, tak boleh outing

opie5662 Publish time 22-5-2022 11:12 AM

NazRysha replied at 22-5-2022 08:20 AM
zalimnya
bagi jer la si mak tu dan bermesra bermalam dengan anak
kisah lama tu mmg sakit hati tapi t ...

Kalau zila tu nak die boleh mintak. Nampak sgt die mmg taknak mintak. Takde usaha pon nk jumpe anak. Masa kawen pon sibuk cari hiburan ngan jantan lain.... Inikan plak lepas cerai....

CardiGans85 Publish time 22-5-2022 11:26 AM

Along ni baik. Cuma Zila kena buktikan dia dah berubah

ashilalat Publish time 22-5-2022 11:40 AM

Mmg nusyuz ni hukuman dalam islam nya terus tak boleh jumpa anak ke mcm si along cakap? Cara along cakap tu, mcm atas sebab dia berlembut hati je zila dapat berjumpa anak nya.

Zalim gak hukum islam kalo sampai mcm tu. Mana pegi frasa maha pengampun, maha mengasihani nya? Once bitch, forever bitch..kasta terendah tiada pengampunan konsepnya.

cruz2 Publish time 22-5-2022 04:22 PM

Bukan along tk bg jumpa tp zila tu kan yg tk ada usaha nk pi jumpa anak so tk perlu kot netizen nk marahkan si along ni.ke iols silap pemahaman?

rayray28 Publish time 22-5-2022 07:06 PM

ashilalat replied at 22-5-2022 11:40 AM
Mmg nusyuz ni hukuman dalam islam nya terus tak boleh jumpa anak ke mcm si along cakap? Cara along c ...

Boleh je nk jumpe..kalau tgk cite tu mcm maknya pn x bape nk ada effort nk dtg jumpe anak maybe sbb kt johor..tp kalau nk seribu daya..bukannya jauh mana kan..itu kalau betul2 laa nk jumpe anak..takkan nk suh bapak bawak and hulur anak tu..effort kne lebih sket laa

lilcountess Publish time 22-5-2022 07:26 PM

ashilalat replied at 22-5-2022 11:40 AM
Mmg nusyuz ni hukuman dalam islam nya terus tak boleh jumpa anak ke mcm si along cakap? Cara along c ...

kes zila ni selain nusyuz, rasanya dia gugur / hilang kelayakan sbg penjaga juga

holothurian Publish time 22-5-2022 07:31 PM

NazRysha replied at 22-5-2022 08:20 AM
zalimnya
bagi jer la si mak tu dan bermesra bermalam dengan anak
kisah lama tu mmg sakit hati tapi t ...

Rseny si zila nie yg xde usaha langsung nk jumpa anaknya... Bukan salah si apaknya..

ohsoyaya Publish time 22-5-2022 07:32 PM

Erm. Sadisnya hidup hang zila
Pages: [1] 2 3 4
View full version: 'Along dituduh zalim, halang Zila jumpa anak'


ADVERTISEMENT