Raline Publish time 20-5-2022 08:07 PM

Mercedes Benz jual kereta termahal berharga RM624 juta

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/05/Mercedes.jpg
Mercedes-Benz SLR 1955 dinamakan sempena ketua jurutera Mercedes, Rudolf Uhlenhaut. - Forbes

Mercedes Benz jual kereta termahal berharga RM624 juta

BERLIN – Syarikat automotif Mercedes Benz mengumumkan bahawa pihaknya berjaya menjual kereta paling mahal di dunia, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Mercedes-Benz model SLR 1955 yang selama ini disimpan dalam koleksi pembuat kereta Jerman itu telah dijual kepada pemilik persendirian pada harga AS$142 juta (RM624 juta).

Syarikat pemantauan koleksi kereta,Hagerty berkata,nilai tersebut menjadikan kenderaan mewah tersebut kereta paling mahal pernah dijual.

Wang daripada jualan itu akan digunakan untuk menubuhkan Dana Mercedes-Benz iaitusebuah dana biasiswa global, kata Mercedes dalam satu pengumuman.

Rekod harga jualan keretatermahal sebelum ini dilaporkan AS$70 juta (RM307 juta) bagi kereta Ferrari 250 GTO 1963 pada 2018.

Mercedes yang baru dijual ituadalah satu daripada dua prototaip 300 SLR Uhlenhaut Coupe.

Kereta berusia 67 tahun itu dinamakan sempena ketua jurutera Mercedes pada masa itu, Rudolf Uhlenhaut dan didakwa mempunyai kelajuan tertinggi 299 kilometer sejam.

Ia telah dijual dalam lelongan secara jemputan tertutup di Muzium Mercedes-Benz di Stuttgart pada 5 Mei lalu.

Lelongan itu diadakan dengan kerjasama syarikat lelongan kereta RM Sotheby’s. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05/20/mercedes-benz-jual-kereta-termahal-berharga-rm624-juta/

Pages: [1]
View full version: Mercedes Benz jual kereta termahal berharga RM624 juta


ADVERTISEMENT