CARI-MRO Publish time 20-5-2022 03:39 PM

Paling Tak Logik, "Ingat, Jangan Pergi Dekat Langsir Nanti Terbelit Leher"

‘Tidak logik dan melucukan,’ itu antara reaksi orang ramai selepas menonton klip video dari sebuah drama hindustan yang ditayangkan di salah satu saluran televisyen terkenal.


Klip video drama yang kini sedang tular di media sosial itu menyaksikan watak heroin yang diselamatkan hero setelah lehernya tanpa sengaja terbelit oleh kain langsir.


Ketika lehernya terbelit, watak-watak lain hanya memerhati dengan perasaan takut, hanya hero sahaja yang mampu membantu memotong kain langsir yang terbelit itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/20/153919f3hd1xoin1nznggm.png





Rata-rata orang ramai geli hati apabila menyaksikan sedutan drama itu, adegan tersebut turut mendapat kecaman dari penonton.


“Mana ada kain langsir terbelit dengan sendiri, macam hidup pula kain tu. Drama hindustan ni kalau tak menyeramkan dan lucu memang tak sah.


“Babak paling tak logik yang pernah aku tonton, pengarah dia mungkin berada di alam lain ni, ” jelas Jo Rahman.


“Kalau tak lucu memang tak sah, terlalu dramatik, ingat jangan pergi dekat langsir nanti terbelit leher.


“Kalah filem Hollywood, ini betul-betul sains fiction ni. Nasib langsir tu tak ada mulut dengan mata, ” ujar Pomen Isser. -CARI


Sumber: Kosmo

Artemesiaa Publish time 20-5-2022 03:56 PM

Kalau tak super dramatik macam tu bukan pilem dia orang ler

msel Publish time 20-5-2022 05:00 PM

Penah tgk movie tamil, bininya kena tembak dekat kepala tepat di dahi, sempat lagi buat video call bercakap2 sementara ke hospital. Transplant jantung terpelanting dari jalan raya terus masuk ikut tingkap dan terus ke dada patient. Handphone tertinggal dalam perut masa operation. Hero tembak penjahat melalui telefon.

jazaa100 Publish time 20-5-2022 07:07 PM

Amboii korang ni.....

Klu bollywood terbelit langsir bkn main korang kutuk....klu hollywood buat terbelit langsir, kagum pulak korang ek......;P

nakkomenjugak Publish time 22-5-2022 04:58 PM

Hahahahah
halahhh
pisang pun boleh jadik pisau tikam orang
inikan pulak langsir puaka

Wimoon Publish time 22-5-2022 06:25 PM

Movie dorang mn tak lawak...iols klau tgh stress nak gelak² mesti tgok movie tamil..cerita ganas pon boleh jd lawak..
Korang try tgok movie tamil tajuk doctor dekat netflix..iolls rasa lawak movie tu walaupun cerita sebenarnya pasal kidnap budak²

azie5zoe Publish time 23-5-2022 09:35 AM

Tu sebab iols sekarang lagi suka tengok filem tamil dari hindustan. Memang dah tahu kena tipu.
Pages: [1]
View full version: Paling Tak Logik, "Ingat, Jangan Pergi Dekat Langsir Nanti Terbelit Leher"


ADVERTISEMENT