Cintaerina Publish time 20-5-2022 02:51 PM

Seram! Gadis Cantik Diambil Bunian Saat Masih Dalam Rahim Ketika Ibu Sedang Berkelah

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/20/115909or9fxpddo9ko9gbm.pngSumber: Tiktok Dayana Radzuan


Percaya atau tidak, kisah gangguan bunian seringkali terjadi kepada manusia ketika berada di kawasan hutan. Sememangnya topik berkenaan makhluk halus ini sukar dipercayai, namun baru-baru ini seorang gadis bernama Dayana Radzuan tampil berkongsikan kisah berkenaan dirinya yang terjadi semasa tahun 1999 menerusi akaun Tiktok miliknya.


Menurut gadis ini, ketika itu ibunya sedang mengandungkannya telah pergi berkelah di sebuah kawasan sungai. Walaupun tidak mandi di sungai itu, namun ibunyatiba-tiba mengadu bahawa perutnya terasa sakit dan telah segera dibawa ke klinik berdekatan.


7098596536816356635


Namun menurut doktor, degupan jantung bayi tidak dapatdikesan. Oleh itu, ibunya telah pergi berjumpa dengan seorang ahli saudara yang lebih 'pakar' dalam perkara ghaib. Ahli saudara ini telah memberitahu ibunya bahawa Dayana telah diambil oleh bunian.


7098683398738201883


Gadis ini juga akui bahawa kadang-kala dia boleh melihat benda-benda ghaib seperti makhluk halus. Sewaktu zaman persekolahan, dia pernah memgikut aktiviti perkhemahan. Namun dia tidak sangka bahawa berdekatan kawasan itu terdapat kawasan perkuburan lama. Pada awalnya tiada apa yang berlaku sehinggalah pada lewat malam, gadis ini terpandang ke arah kawasan itu lalu ternampak 'entiti putih'.


7098957385183612187


Tambahnya lagi, dia juga ternampak makhluk berbungkus ketika dia sedang beratur untuk memasuki khemah. Ketika sedang tidur, Dayana tiba-tiba terasa mahu membuang air kecil. Namun, dia tidak mahu menyusahkan rakan-rakannya yang sedang tidur lalu dia pergi ke tandas bersendirian. Semasa melangkah masuk ke tandas, dia ternampak 'makhluk' sedang bertenggek di atas atap tandas.


Seram betul bila dengar kisah macam ini. Walaupun sukar untuk mempercayai kisah seperti ini, namun makhluk halus memang wujud di kalangan kita. Dayana bukanlah orang pertama yang menceritakan pengalamannya dengan makhluk ghaib, banyak lagi kisah-kisah yang diceritakan oleh orang yang kita. Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. -CARI


ally9970 Publish time 20-5-2022 05:12 PM

Mana dia tahu dia diambil bunian sedangkan waktu tu dia masih dlm kandungan?

bakingsoda Publish time 20-5-2022 06:09 PM

entah ape yg bunian tak berkenan kat budak ni agaknya sampai dipulangkan semula :o biasa dengar kena amik je tak penah la kena return. mesti sbb barang order ngan barang sampai tak sama :lol:

hareeeesah Publish time 21-5-2022 02:16 PM

bakingsoda: entah ape yg bunian tak berken ...

Mcm shopee plak return salah brg ekekke..
Muka dah elok cantik tak yah makeup tebal sgt la dik.

che-cikL Publish time 21-5-2022 05:32 PM

Maknya dulu rajin baca Mastika atau Tamar Jalis kut. Ceritalah kat dia, nanti cerita turun ke anak cucu pulak.

ezacbee Publish time 21-5-2022 06:18 PM

Pelik2 orang tiktok ni..

anony-mous Publish time 22-5-2022 12:44 AM

Sggup mereka-reka cerita demi nk viral

tikusmontok Publish time 22-5-2022 07:48 AM

bakingsoda replied at 20-5-2022 06:09 PM
entah ape yg bunian tak berkenan kat budak ni agaknya sampai dipulangkan semulabiasa dengar kena ...

Bonian tu dapat rasa bakalan jadi content toktok kot, tu yg pulang balik..koserr katanya :lol:

chinta89 Publish time 22-5-2022 04:44 PM

x pernah dgr bunian ambik dipulangkan semula..... kalau tiktok ni mcm susah nk oercaya dik, sorry.

chinta89 Publish time 22-5-2022 04:45 PM

x pernah dgr bunian ambik dipulangkan semula..... kalau tiktok ni mcm susah nk percaya dik, sorry.

nakkomenjugak Publish time 22-5-2022 05:01 PM

Takkkk
ko nak viral, viral jeee
tak payah reka2 cerita
muka basic macam ko ni memang kena compete dengan muka2 basic yang lain
Pages: [1]
View full version: Seram! Gadis Cantik Diambil Bunian Saat Masih Dalam Rahim Ketika Ibu Sedang Berkelah


ADVERTISEMENT