Agent13k Publish time 19-5-2022 04:17 PM

Penunjuk Perasaan Di Sri Lanka Bakar Rumah, Serang Ahli Politik Dan Buat Rusuhan

Beberapa bulan lepas, negara Sri Lanka sedang mengalami isu seperti kejatuhan ekonomi, kehilangan pekerjaan, porak-peranda dalam dunia politik dan banyak lagi.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/19/153325eiohprrrjr02hzpr.pngKredit foto: The Economic Times



Memetik Redaksi, baru-baru ini di media sosial Twitter ada memaparkan rusuhan dan hura-hura yang berlaku di negara Sri Lanka. Difahamkan, polis negara tersebut telah mengesahkan 38 rumah ahli politik terbakar dan 75 rumah lain juga musnah dalam proses rusuhan itu.

https://twitter.com/RadioGenova/status/1525162176184467456?s=20&t=k5IKunTmtzZ4jXy7UQHNsA

Di samping itu, Kementerian Pertahanan Sri Lanka telah mengarahkan tentera mereka untuk menembak sesiapa yang merosakkan harta benda negara ataupun menyerang pegawai kerajaan, tambahan pula, sekurang-kurangnya 9 orang maut dan 200 orang cedera sejak isnin lalu.

https://twitter.com/RadioGenova/status/1523928315429597184?s=20&t=Z1qBd_rzrVpSgUeAN39_vA

Ekoran itu, tentera negara tersebut terpaksa menyelamatkan perdana menteri Sri Lanka Mahinda Rajapaksa beberapa jam selepas beliau meletakan jawatan berikutan pertempuran antara penunjuk perasaan anti dan pro-kerajaan.

https://twitter.com/FockGoogle/status/1526785919646408704?s=20&t=kPi0gtYslZCzff1eKPCedQ

Walaubagaimanapun, negera itu juga sedang bergelut krisis ekonomi yang dahsyat dengan harga barangan harian melambung tinggi dan kekurangan bekalan elektrik yang meluas selama beberapa minggu. -CARI


nakkomenjugak Publish time 22-5-2022 05:10 PM

Kalau Malaysia buat camni kat politicians agak2 camne laa kan?
Memang lari obersi laaa cite diaaa tinggalkan rakyat terkontang-kanting
;P;P;P;P;P

salimrock Publish time 24-5-2022 03:22 PM

nakkomenjugak replied at 22-5-2022 05:10 PM
Kalau Malaysia buat camni kat politicians agak2 camne laa kan?
Memang lari obersi laaa cite diaaa t ...

sini dah tentu la akan ada sentimen perkauman...

itu lah senjataatau benteng terakhir politk malaysia

salimrock Publish time 24-5-2022 03:23 PM

oh kita juga ada fatwa dr alim ulamak...

haramm menunjuk perasaan, membakar rumah, jadi tak boleh la menunjuk perasaan

kita kena sabar bdn berdoa semoga pemimpin beroleh hidayah
Pages: [1]
View full version: Penunjuk Perasaan Di Sri Lanka Bakar Rumah, Serang Ahli Politik Dan Buat Rusuhan


ADVERTISEMENT