Cintaerina Publish time 19-5-2022 11:59 AM

"Tanggunglah Dosa Tipu Orang" – Wanita Geram Ditipu Seller Inai Tak Mesra Wuduk

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/19/114929jzljvqnqbj71dpql.pngSumber: Tiktok Farhana Zahra




Seperti yang kita semua tahu, wanita sangat suka berhias dan tidak dapat dipisahkan dengan keinginan untuk nampak cantik. Penulis pasti ramai pembaca wanita disini sangat gemar memakai inai.


Pada zaman ini, pemakaian inai bukan hanya dipakai pengantin untuk majlis perkahwinan, tetapi ia boleh dipakai pada bila-bila waktu pun.


Sekiranya seseorang wanita ingin memakai inai, mereka hendaklah memastikan ia mesra wuduk dan boleh dipakai sewaktu menunaikan solat.


Baru-baru ini, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Farhana Zahra telah memuat naik satu video mengenai isu inai. Katanya, dia telah ditipu seorang penjual inai popular yang mengaku produk inai tersebut sah dibawa solat.


7098350693878107419


Dalam video tersebut, wanita ini telah mencuba untuk mengikis inai yang dipakainya untuk mengetahui sama ada inai itu mesra wuduk ataupun tidak. Selepas beberapa kali mencuba untuk mengikis inai itu, Farhana mendedahkan bahawa ia sebenarnya tidak sah untuk dibawa solat.


Menurut Farhana, dia teringat pesanan Ustazah Asma’ Harun bahawa jika pemakai inai mengikis inai tersebut dan mendapati bahawa kuku mereka menjadi putih dan bukannya oren, maka wuduk seseorang itu tak sah dari segi hukum.


Kelihatan ramai netizen meluahkan kerisauan mereka di ruangan komen apabila melihat wanita itu mengikis kukunya untuk membuang inai tersebut.


Ada juga netizen yang mempersoalkan mengapa inai itu tidak sah dibawa solat.- CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/19/114927wnw55w8nzhz9f556.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/19/114927ibjjhvdjbsdn9sai.png

Sumber: Tiktok Farhana Zahra






azimodin Publish time 19-5-2022 03:19 PM

Aku mmg xpercaya dengan inai cair ala2 nail polish tapi claim inai asli.Pastu warna inai serupa sirap merah or hitam likat. Lagi baik pakai inai daun

airmineral Publish time 19-5-2022 04:45 PM

sejak bila trend pakai inai ni
sejak jahlop berinai ke?

minahmanja Publish time 19-5-2022 10:03 PM

Aku cuma nak ckp, buruk tau pakai inai mcm ni. Nak2 bila dia tggl separuh tu.. euuww
Pages: [1]
View full version: "Tanggunglah Dosa Tipu Orang" – Wanita Geram Ditipu Seller Inai Tak Mesra Wuduk


ADVERTISEMENT