Cintaerina Publish time 19-5-2022 07:47 AM

Bertahun Cuba Lompat Jauh, Netizen Sebak Cikgu Bantu Capai Impian Murid OKU

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/18/225736gksaeak822zodu93.pngSumber: Tiktok Haikal


Tidak semua orang dilahirkan sempurna. Kadang-kala, kekurangan pada diri seseorang menyebabkan mereka sukar menjalani kehidupan normal seperti orang lain.


Tetapi, masalah itu akan dapat diselesaikan jika mereka mendapat bantuan dan sokongan daripada orang sekeliling. Itulah yang terjadi dalam kisah ini yang memberi inspirasi kepada ramai orang.


Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai Haikal Ackn, menunjukkan situasi riuh apabila sekumpulan murid sekolah rendah sedang bersukan dalam acara lompat tinggi.




7098951444363005211


Tetapi apa yang mencuri tumpuan netizen adalah seorang pelajar OKU yang kelihatan berlari untuk mencuba aktiviti lompat tinggi itu.


Suasana yang riuh pada awalnya bertukar sebak apabila seorang guru setia menunggu pelajar itu di palang lompat tinggi. Dia membantu pelajar itu untuk melepasi palang tersebut dan menerima sorakan daripada para pelajar lain.


Siapa sangka akhirnya impian pelajar tersebut akhirnya tercapai denga pertolongan guru itu selepas hampir beberapa tahun mencuba.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dan terharu apabila melihat tindakan guru itu kerana tidak membuatkan pelajar berkenaan berasa 'terasing' dek fizikalnya yang tidak sempurna. - CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/18/225739vc5nhq1s4q5rgcn5.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/18/225739gwffzmvnvozrbw8l.png

Sumber: Tiktok Haikal







wirazam Publish time 19-5-2022 09:45 AM

Selamat hari guru...

azie5zoe Publish time 19-5-2022 09:58 AM

Alamak..tetiba iols rasa mata ni berair pulak.

elnor_81 Publish time 19-5-2022 10:10 AM

Gitu la cikgu..garang cmne pun..dlm ati ad taman.

azlinahmad Publish time 19-5-2022 10:17 AM

terbaik guru...Selamat Hari Guru

chinta89 Publish time 19-5-2022 10:50 AM

Selamat Hari Guru Cikgu

raxief Publish time 19-5-2022 02:43 PM

aku percaya ramai cikgu yg baik mcm ni

yg hawau tu segelintir je

Artemesiaa Publish time 19-5-2022 04:35 PM

Pasti murid seronok dapat guru sepertinya

airmineral Publish time 19-5-2022 04:49 PM

org hati baik je layak jadi cikgu

zehra2 Publish time 19-5-2022 08:47 PM

murid ppki ni. bila merentas desa cgu nya pun lari sama. ada yg tolak kerusi roda. janji sama dirai di garisan penamat
Pages: [1]
View full version: Bertahun Cuba Lompat Jauh, Netizen Sebak Cikgu Bantu Capai Impian Murid OKU


ADVERTISEMENT