Agent13k Publish time 18-5-2022 05:49 PM

Pemandu Toyota Camry Lagak Sebagai Anggota Penguatkuasa Untuk Elak Sesak

Memandu di jalan yang sesak sememangnya menyakitkan hati dan pasti ramai memikirkan pelbagai cara untuk mengelak kesesakan trafik pada masa akan datang.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/18/152658sk4qj4ggii4s4ys4.pngkredit foto: Facebook



Menurut laporan dari Majoriti, baru-baru ini ada video tular di media sosial Facebook yang memaparkan seorang pemandu Toyota Camry yang berlagak seperto anggota penguatkuasa di sebuah jalan raya.

https://www.facebook.com/MajoritiOfficial/videos/989987095005273/

Difahamkan, pemandu kereta berwarna hitam itu memakai sarung tangan putih mengangkat tangan bagi mengarahkan pengguna jalan raya lain untuk memberikan laluan kepadanya dan memasang lampu "strobe" di bahagian "dashboard" keretanya.

https://www.facebook.com/MajoritiOfficial/videos/5210762042344557

Tambahan pula, pengguna jalan raya yang lain terpaksa memberi laluan kepada pemandu tersebut kerana mereka percaya dia merupakan anggota penguatkuasa. - CARI

prettyuglybabe Publish time 19-5-2022 10:15 AM

nak viral tapi tutup plate kereta..
tunjuk je la senang orang nak mark and maki berjemaah ;P

azie5zoe Publish time 19-5-2022 10:20 AM

prettyuglybabe replied at 19-5-2022 10:15 AM
nak viral tapi tutup plate kereta..
tunjuk je la senang orang nak mark and maki berjemaah

Kaaann...kita nak gunakan kuasa viral biar mamat tu menggelupur sikit. Ni kaedahnya samalah macam orang nak bergambar letak kat media sosial tapi muka bubuh icon kartun.

epullipan Publish time 19-5-2022 11:01 AM

tolong replace dengan gambo yg tak tutup no plate..senang nak kesan
Pages: [1]
View full version: Pemandu Toyota Camry Lagak Sebagai Anggota Penguatkuasa Untuk Elak Sesak


ADVERTISEMENT