tatod Publish time 18-5-2022 03:11 PM

Pempengaruh Dakwa Siti Jamumall Bayar Review Guna Duit Palsu, Teknik Marketing Ke?

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/18/103736kyimxfi1f1ym9wsz.png


Tular di TikTok video pempengaruh dikenali sebagai Putreri Sari mencampakkan wang berjumlah RM10,000 yang didakwa palsu di hadapan seorang 'founder' produk. Pergeseran antara dua individu itu bermula apabila Puteri menerima tawaran 'paid review' untuk mempromosikan produk usawahan berkenaan.


Menerusi sebuah video baharu, Puteri tampil menunjukkan kepingan not RM50 serta menandakan bahagian yang membuatkan dia curiga bahawa wang yang diberikan kepadanya adalah palsu.


Menerusi perkongsian itu, Puteri turut menceritakan secara terperinci mengenai kejadian berkenaan yang bermula ketika dia dijemput untuk menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Siti Jamumall sekaligus berbincang mengenai urusan 'paid review' berkenaan.





7098571887688813851


"Abang Siti Jamumall nak ambil saya untuk review produk dia. Jadi, alang-alang dia jemput datang beraya di rumah dan bincang. Kebetulan saya ada di Kuala Lumpur sebab ada shooting. Jadi, saya pun datang ke rumah Kak Siti dan beraya seperti biasa.


"Kak Siti pun berikan produk Whitekish dan cash RM10,000. Kemudian saya pun terus gerak ke Kuantan sebab memang nak ke sana. Dalam perjalanan, saya pun check wang tunai yang Kak Siti berikan.


"Kalau korang ada kat tempat saya, korang rasa duit ni asli tak? Siap kat belakang semua ada putih macam wang ini dicetak," katanya sambil menunjukkan gambar wang berkenaan.


7098633576006094106




Tambahnya lagi, dia bukanlah seseorang yang suka menularkan satu-satu perkara namun wanita tidak mahu insiden sama menimpa individu lain.


"Jujur, saya tak kisah pasal duit tu tapi yang buat saya marah dia tak mengaku kesalahan dia pun dan masih katakan duit tu asli tanpa dia check satu pun.


"Dan saya risau kalau dia boleh buat kat orang lain sebab dengan saya pun dia buat macam tu," katanya. - CARI




7098700235509173530








KamikuP Publish time 18-5-2022 03:46 PM

Kalau betul tipu mmg celakalah dan kalau gaduh tu pun tipu, maka mohon jangan mengandung dan dimengandungkan.

jari10 Publish time 18-5-2022 05:38 PM

Lahhh apa susah2 buat kecoh..police report sajelah!! Tak kan itupun kena diajar!

Marketing much kotttttttttt

ellejo Publish time 18-5-2022 06:18 PM

laaa, report polis la dekkkkk. kang ko guna duit tu ko pulak yg kene.

solarlunar Publish time 18-5-2022 06:54 PM

Siti ni yang kes bayi tertukar ritu hari rasanya.

whimsicalmusic Publish time 18-5-2022 10:08 PM

Ade 3 observation aku:
1. Kata g kuantan, pstu patah balik kah hari yg sama utk bdepan siti jamumall?
2. Lakonan manager sari tu very the over..nmpk sgt blakon..
3. Plg xpaham camera man tu dtg ngn sari..tp kenapa bila diorg blah die xikut sama? Side manakah cameraman? Nmpk confius beliau..

syidasaleh Publish time 18-5-2022 10:30 PM

Marketing booooo. Dr badut2 yg bodoh lagi membodohkan

missyL Publish time 18-5-2022 11:01 PM

Marketing duit palsu bole la kot tangkap je
Puliss ohh pulisss

Btw siti jamumall ni yg tertukar anak tu
Kemain mase pantang pn dok asek buat content
Penat tgok die

missyL Publish time 18-5-2022 11:02 PM

Klo btol2 dah tros g balai je
Ape ke bengap buar tik tok dulu

missyL Publish time 18-5-2022 11:02 PM

syidasaleh replied at 18-5-2022 10:30 PM
Marketing booooo. Dr badut2 yg bodoh lagi membodohkan

Setuju

Ptt x pyh membiak tp mereka ni la anak rmaai

lyshafull Publish time 19-5-2022 12:54 AM

Alahaaiii sape2 je la dua2 x kena
Nmpk sgt lakonannye pun agak2 laa mcm org bodoh sgt

ninnamina Publish time 19-5-2022 01:18 AM

diorng ni tak tau transfer duit ke eh semua nak cash..

mandear11 Publish time 19-5-2022 04:29 AM

baca komen anda semua....rata2 semua faham..marketing.....conclusion..anda semua otai2....tgk dah boleh faham....so bayangkan la...kat luar sana berapa ramai yg bengap kot..tak faham..hehehehehehe.....apa nak jadi malaysiaku...huhuhuhuhuhuhuhu

makton Publish time 19-5-2022 07:42 AM

cara sari explain tu kelakar la. mcm nak buat pertandingan story telling kat skola. siap senyum kemut2 dpn kemera

800214 Publish time 19-5-2022 12:37 PM

Hermmm lakonannya. Nmpk cara tepuk pintu tu kelakar

gigahertz Publish time 19-5-2022 09:22 PM

syidasaleh: Marketing booooo. Dr badut2 yg bodoh lagi membodohkan
siap camera rekod lagi

gigahertz Publish time 19-5-2022 09:22 PM

syidasaleh: Marketing booooo. Dr badut2 yg bodoh lagi membodohkan
siap camera rekod lagi

haifawehbe Publish time 20-5-2022 01:29 AM

siti ni la tertukar anak haritu.. itu pun iols rasa hanya content semata.. mana ada org hilang anak siap buat live dekat rumah gelak2.. anak hilang dekat hospital tapi live hanya di rumah dgn dlm kete jer.. kesian anak dpt mak bodo sanggup gunakan anak demi marketing.. sekian cercaan iols.. :curse:

Zaien Publish time 24-5-2022 02:53 PM

haifawehbe replied at 20-5-2022 01:29 AM
siti ni la tertukar anak haritu.. itu pun iols rasa hanya content semata.. mana ada org hilang anak...

aku tak boleh brain tang hilang anak sambil live nanges2 tuh.. tunggu dlm kereta kt luar hospital x silap masa tu..
aku rs org lain nanges jugak tpi xde la berjam live wey.. x mampu la nk ngadap hadap org luar punya simpati tu kan..
lgi 1.. mcm x logiknya la ambik baby ko x belek segalanya tag kaki smua.. takkan la main cabut buang ke apa..

Markonah_7 Publish time 13-1-2023 09:13 PM

Sibbaik bukan aku sorang je rengsek dgn minah jamumall ni
Pages: [1] 2
View full version: Pempengaruh Dakwa Siti Jamumall Bayar Review Guna Duit Palsu, Teknik Marketing Ke?


ADVERTISEMENT