CARI-MAL Publish time 18-5-2022 07:59 AM

Derita Anak Sulung Tanggung Keluarga Sampai Susah Nak Kahwin

Lazimnya, anak sulung bukan sahaja diharapkan untuk menjaga adik-adik, menjadi pembimbing atau role model kepada adik beradik lain tetapi juga menggalas tanggungjawab untuk menyara keluarga di mana tugas itu berterusan sehingga meningkat dewasa.


Boleh dikatakan perkara tersebut menjadi salah satu faktor mengapa ada sesetengah individu dalam kategori anak sulung lambat mendirikan rumah tangga kerana memberi prioriti kepada keluarga.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/18/075930xnxv3gwtwfn3ktqw.jpgGambar hiasan




Namun, kisah yang dikongsikan seorang wanita bergelar anak sulung ini mengenai situasi yang dihadapinya lebih perit dek kerana sikap ibu bapa yang didakwa agak materialistik.


Menurut wanita berusia 25 tahun itu, dia sudah lima tahun menjalin percintaan dengan teman lelaki yang dikenali ketika sama-sama menuntut di universiti.


Katanya, teman lelakinya juga sudah menyuarakan hasrat untuk memperisterikannya namun situasi yang dihadapi ketika ini membuatkannya belum bersedia kerana tersepit antara keluarga dan masa depan.


"Sekarang apabila saya cakap nak kahwin, parent saya macam tak setuju sebab teman lelaki bukan anak orang kaya. Kalau boleh mereka nak saya cari lelaki kaya.


"Parent saya cakap kalau nak kahwin pastikan lelaki tu kena ada kereta, rumah dan hantaran paling kurang RM20,000. Kadang saya malu, famili saya pun tak kaya, takkan saya nak cari anak Datuk atau anak Tan Sri?," luahnya yang dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/18/075931hfoupi05piidyzgf.jpg



Tambahnya lagi, walaupun teman lelakinya bersungguh-sungguh mahu memperisterikannya, namun sikap kedua orang tuanya membuatkan dirinya sedih dan buntu.


Perkongsian tersebut meraih lebih 700 retweet malah ruangan komen pula 'meriah' dengan cadangan dan pandangan netizen.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/18/075930fdbmdpdvppwwuwdm.jpg



Rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang dialami wanita tersebut.




Sumber: mStar

copy_paste Publish time 18-5-2022 11:43 AM

ibu bapa toksik,
elok anak nak kawin baguslah, dari buat maksiat,
ke anak tu kena habiskan hutang sara hidup dulu baru boleh nikmati kehidupan sendiri

bettyboops Publish time 18-5-2022 12:34 PM

been there done that! cuma ex-bf bukan anak sulung n ada adik..

mak dia tanya ada rancang nak kawen ke? lepas tu depan muka i mak dia sound makcik bukan apa.. makcik, pakcik ni nak la merasa hasil anak.. nak la anak ni besarkan rumah dulu..

baik lah makcik.. sila lah merasa hasil anak tu yaa.. :curse:

plasterhati Publish time 18-5-2022 12:35 PM

Ni ada bc kt pesbuk td. Rs nk carut je dgn family toksik cenggini

anony-mous Publish time 18-5-2022 01:57 PM

Nasihat iols, kalau family bf tu miskin, xpayah la teruskan. Seksa kahwin dgn org miskin. Kdg2 rasa patut lah org sisihkan org miskin sbb duit habis ke org miskin jah.

nurshima Publish time 18-5-2022 07:22 PM

Isu biasa bagi org tidak berada yg beranak banyak,selalu anak sulung kena berkorban, bantu mak bapak bela anak2 yg seterusnya.

mclaren Publish time 18-5-2022 11:06 PM

Either low contact or no contact at all je la family mcm tu.

Esok2 if mereka sedar kesilapan and minta maaf, sambunglah balik hubungan dan maafkanlah.

yondu Publish time 19-5-2022 08:50 AM

mcm laki i pny kes la ni. mentang2 dia anak sulung, diperah habis2 suruh buat loan oleh mak sndiri. kawen je dgn i, i cantas habis2, gunakan ayat elok2, pujuk ckp elok2, ni ada lagi 5 tahun loan nak settle. lepasni hidup tanpa hutang da. dan kesannya, i x disukai mertua sb laki ikut telunjuk bini tp lantak la ;P;P

Artemesiaa Publish time 19-5-2022 04:42 PM

Ramai je family perangai macam tu sekarang ni

jazaa100 Publish time 20-5-2022 05:48 AM

anony-mous replied at 18-5-2022 01:57 PM
Nasihat iols, kalau family bf tu miskin, xpayah la teruskan. Seksa kahwin dgn org miskin. Kdg2 rasa...

Betul.....

Bkn nk hina org miskin tapi cara hidup & cara pemikiran dorang ni lain.....kekdg rumah pun tak blh kemas.....apa yg dia buat ntah.....pemalas, sbb tu miskin ( tak semua).Nak kemas rmh bkn semestinya kena rmh cantik, brg² mahal.....ni rumput keliling rmh pun tinggi paras pinggang....
Dr maza pun ada komen pasal ni

Mcm pensyarah tu ckp- aku tak blh hidup dgn B40

zehra2 Publish time 20-5-2022 06:54 AM

nak kata derita tu tidak lah kot.
tp mak mmg bergantung hidup dgn aku.
tp anak lelaki kesayangan dia tkde pulak nk bela mak aku ni... org kata jauh bau wangi. dekat ni asyik nk marah je tp tk boleh kalo tk ada:laugh3:
baru2 ni sepupu ku kawin pd usia 50 thn.
jd nya mak dan adik ku risau kot aku pun nk ikut jejak sepupu.:P

glump Publish time 20-5-2022 08:52 AM

Kawan aku tu anak ke2 ..Masa dia mula kerja nak mula hidup ,adik lelaki dia meninggal. Sejak tu dia bantu adik2 dia sambung belajar. Adik2 dia ada 6 orang,kakak dia kahwin lepas SPM..sampai lah adik2 dia dah kahwin , masih membujang ,dia cakap dah lambat nak kahwin kawan2 pun dah antar anak ke sekolah menengah. Nie border dah bukak dia pi melancong lah

Lelaputra Publish time 20-5-2022 10:09 AM

me- anak kedua yg terpaksa men'sulung'kan diri since yg sulung tak menjadi. tu pun my mom tak pernah nak puas hati with all sacrifies made tetap tak pernah cukup apa yg diberi. My late father saja yang memahami. bagi peluang adik2 kawen dulu i kawen lambat takpe...now anak2 diorang dh skolah menengah / uni but mine baru skolah rendah....tkpelah pujuk hati itu semua rezeki Allah.

bellaa Publish time 20-5-2022 11:08 AM

hmm sedih pula baca kesah2 uols. {:1_507:}

anony-mous Publish time 20-5-2022 01:41 PM

jazaa100 replied at 20-5-2022 05:48 AM
Betul.....

Bkn nk hina org miskin tapi cara hidup & cara pemikiran dorang ni lain.....kekdg rumah ...

Lepas tu suka meminta2 or bergantung hidup dgn org lain. Xboleh nak usaha sendiri sampaikan nk suruh mntak bantuan zakat pon bengap xreti buat sendiri. Ada je alasan. Tu belum kira buat keputusan salah. Degil. Pemikiran b40 i mmg xboleh la. Sbb jenis fikir short term. Xfikir panjang. Apa dlm kepala diaorang ek? Suka ikut nafsu. Kalau xmenyusahkan org, i xkisah. Tp menyusahkan, tu i anti dgn majority b40 yg mcm ni

CardiGans85 Publish time 22-5-2022 04:44 PM

Kesiannya...

nakkomenjugak Publish time 22-5-2022 05:25 PM

Memang tanggungjawab mak ayah untuk besarkan anak hingga anak dah boleh berdikari, we all know that
tapi anak tu pun ada kehidupan sendiri, macam mak ayah tu jugak di zaman muda deme
nak tolong mana yang patut tak salah tapi untuk terus memaksa anak2 support hidup diorang jugak macam tak kenaaaa je
lain laa masing2 anak2 gaji ala2 founder timbang kilo sehari sales sejuta tu paham laa
ni gaji punnn sedehhhh berbekalkan InsyaAllah ada rezeki nya tu
tapi rezeki pun bukan datang bergolek!
tengok2 macam iol haaaa
umur dah lanjut kawen pun idokkkk
lelaki pun pikir buat apa kawen andartu bila banyak anak gadis muda bergetah kat luar sana boleh dijadikan minik?
Bukan iol cakap ehhh, ni dari mulut lelaki tu sendiri
Pages: [1]
View full version: Derita Anak Sulung Tanggung Keluarga Sampai Susah Nak Kahwin


ADVERTISEMENT