Agent13k Publish time 17-5-2022 04:57 PM

"Mana PBT KULAI, Tak Turun Buat Kerja Ke?" Netizen kecewa Lihat Polis Korek Longkang

Baru-baru ini di laman media sosial Facebook ada gambar anggota polis mengorek dan membersihkan longkang ketika banjir kilat di salah satu kawasan di Kulai, Johor.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/17/161813j88m9993z2l86m91.pngkredit foto: Facebook



Memetik dari Majoriti, kejadian itu berlaku pada minggu lalu dan anggota polis tersebut mengorek longkang itu untuk mengeluarkan sisa atau bahan yang menghalang air hujan mengalir di dalam longkang, tetapi anggota polis itu juga mendapati beberapa keping nombor plat kenderaan di dalam longkang itu.

https://www.facebook.com/muafakatOrangKulai/posts/3562070567443479

Difahamkan, ramai netizen persoalkan apabila kerja-kerja mengorek longkang tidak dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), ramai yang menganggap kerja-kerja seperti mengorek longkang itu bukan kerja anggota polis dan netizen menganggap Majlis Perbandaran Kulai masih lagi bercuti raya.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/17/161830na22puelghu88a2f.pngkredit foto: Facebook



Tambahan pula, ramai netizen memuji anggota polis kerana melakukan tugas itu dan berharap PBT melakukan tugas mereka selepas ini. -CARI

Artemesiaa Publish time 17-5-2022 05:58 PM

Bukan PBT sana je PBT ditempat lain pun sama je keadaannya

musangbodoh Publish time 17-5-2022 10:50 PM

jap nk meeting tp karipap bihun blom order lagi.....;P
Pages: [1]
View full version: "Mana PBT KULAI, Tak Turun Buat Kerja Ke?" Netizen kecewa Lihat Polis Korek Longkang


ADVERTISEMENT