Cintaerina Publish time 17-5-2022 03:57 PM

"Awak Bapa Paling Hebat, Sangat Penyabar" – Adam's Autism Family Sekali Lagi Dipuji

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/17/153648z5mhdmr9yr4uh9xm.pngSumber: Tiktok Adam’s Autism Family




Mesti ramai pembaca mengenali Adam’s Autism Family kan? Untuk pengetahuan semua, keluarga Adam sering mendapat perhatian ramai kerana mereka sangat teliti dalam mengawal 'tantrum' Adam iaitu anak kedua dari empat beradik yang di diagnos dengan sindrom autisme.


Ramai ibu bapa yang menjadikan keluarga ini sebagai inspirasi mereka.


Baru-baru ini, satu video baru mengenai Adam telah dimuat naik di akaun TikTok @adamsautismfamily. Menerusi video itu, kelihatan gelagat Adam sedang menari 'Rain Dance' kerana tidak mahu menaiki kereta.


7098186936086514971


Walaupun Adam enggan menaiki kereta, kelihatan bapanya sangat sabar melayan Adam dengan menari dan menyanyi bersama-sama sebagai cara untuk memujuknya menaiki kereta.


Tindakan bapanya itu dipuji ramai kerana tidak memilih untuk menggunakan kekasaran ketika memujuk Adam. Bukan itu sahaja, lagu yang dinyanyikan Adam juga menyebabkan ramai netizen berkata lagu itu terngiang-ngiang di telinga mereka selepas beberapa kali memainkan video itu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/17/153641syg7rce4ncogezyg.pngSumber: Tiktok Adam’s Autism Family





Oleh disebabkan ramai yang menyukai nyanyian Adam, salah seorang pengikut Adam's Autism Family di Instagram menukar potongan muzik yang bertajuk De Da Da Song kepada suara milik Adam dan rata-rata peminat mereka menyukai remix yang dibuat.


Untuk pengetahuan semua, Adam Wan Mun Yu kini berusia 20 tahun. Dia merupakan penghidap autisme sejak kecil. Sebelum ini, berita mengenai keluarga Adam pernah menjadi viral kerana mereka terpaksa berpindah rumah kerana tuan rumah tidak memperbaharui kontrak rumah sewa mereka.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap ayahnya yang sangat bersabar dan tidak bertindak kasar terhadap Adam. Ramai juga netizen yang memuji lagu yang dinyanyikan oleh Adam.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/17/153649pvhhmgkmrrr5rqrg.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/17/153649a8gdejo2re05b80k.png

Sumber: Tiktok Adam’s Autism Family


Sama-sama kita mendoakan supaya urusan keluarga Adam sentiasa dipermudahkan. - CARI



nuralisa Publish time 17-5-2022 04:22 PM

dorg skrg ni dah pindah mana?

prettyuglybabe Publish time 17-5-2022 04:31 PM

kena la layan..
kalau tak cam mana nak generate income..

Artemesiaa Publish time 17-5-2022 05:53 PM

Bukan mereka je semua yang ada masaalah sama pasti jadi keluarga penyabar

musangbodoh Publish time 17-5-2022 11:11 PM

org kaya kete mewah..mkn tmpt ado2...tp menyewa?:o

prince_marhaen Publish time 18-5-2022 10:45 AM

terpaling anak autisme. demi content jua konsepnya.

arffa Publish time 19-5-2022 12:25 PM

aku tengok cousin aku walaupun Autisme tapi mak ayah treat macam budak biasa. kalau nakal marah, kalau tak nak masuk kereta macam tu pakcik aku tempik pandai dia masuk. aku tak tau lah kalau different spectrum tapi aku boleh bawak dia jalan ke mall sebab dia tak tantrum cuma hilang dia suka gi tempat game, music gitu. overall behave la cuma kadang kala tetiba dia ketawa, bersorak hihihi.
Pages: [1]
View full version: "Awak Bapa Paling Hebat, Sangat Penyabar" – Adam's Autism Family Sekali Lagi Dipuji


ADVERTISEMENT