Agent13k Publish time 17-5-2022 02:44 PM

Niat Nak Membantu Orang Bayar Tol, Tapi Diri Sendiri Yang Sangkut Di Tol

Niat untuk membantu mereka yang mengalami kesukaran adalah salah satu perkara perlu dipuji dan menjadi inspirasi kepada orang lain.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/17/133126notqrlhhrq922r8o.pngkredit foto: TikTok



Petikan dari Redaksi, baru-baru ini ada video tular di video sosial TikTok yang memaparkan serorang lelaki membantu pemandu kereta di hadapannya untuk membayar tol, kemudiannya apabila tiba gilirannya untuk membayar tol, kadnya tidak boleh dibaca dan dia pula yang tersangkut di tol.

7097873535791598874

Difahamkan, staf disitu menjelaskan bahawa kad Touch n Go hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk satu tol yang dilalui dan pemilik akaun itu telah memaklumkan bahawa dia sudah lepas daripada tol tersebut tetapi tidak menjelaskan bagaimana mereka lepas dari tol berkenaan.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/17/132955y6pddp5p7igd5ppn.pngkredit foto: TikTok



Menjengah di ruang komen pula, ada yang meminta lelaki itu untuk menyediakan kad pengenalan sebagai pengganti Touch N Go, dan ada yang mencadangkan untuk menggunakan RFID untuk megelak situasi itu berlaku lagi. - CARI

prettyuglybabe Publish time 17-5-2022 04:07 PM

konon kot viral dapat puji sekali makan diri :lol:
berkurun dah kot tnc tng tak boleh touch 2 kali kat tol..
kalau nak jadi terpuji sangat, sediakan tng spare..

Orix Publish time 17-5-2022 05:25 PM

benda basic, boleh fikir, common sense kot...

Artemesiaa Publish time 17-5-2022 05:47 PM

Nak tolong tak kena cara

jazaa100 Publish time 17-5-2022 09:32 PM

prettyuglybabe replied at 17-5-2022 04:07 PM
konon kot viral dapat puji sekali makan diri
berkurun dah kot tnc tng tak boleh touch 2 kali k ...

Iya lah kan babe.....

Klu dia swap guna t&g dia, bila org tu nk exit, mcmana ek.....
Tapi klu byr kat situ je....pun masih x blh guna kan...

Klu naik lrt blh pulak....dulu akk dgn ank, dia swap t&g, pastu bg kat akk utk swap....

Zack8hunter Publish time 17-5-2022 10:23 PM

haha..dulu2 pun aku pernah kene sekali mcm ni.. serius time tu tak tahu yg tng takleh touch 2 kali ;P

prettyuglybabe Publish time 18-5-2022 09:44 AM

jazaa100 replied at 17-5-2022 09:32 PM
Iya lah kan babe.....

Klu dia swap guna t&g dia, bila org tu nk exit, mcmana ek.....


setau sy kalau kat toll memang boleh touch sekali je..
lrt sy tak tau sebab jarang sangat naik..
location orang ni maybe open toll yang bayar sekali je..
kalau closed toll memang tak boleh la..
kalau dia buat kat closed toll, benak tak sayang duit la tu sebab nanti sistem akan tolak maksimum amount terus..
sebab kat kad takde rekod masuk..
jadi beringat la ye..
kalau masuk toll, kad yang kita touch tu mesti kad yang sama kita touch keluar..
kalau dalam kereta ada 2 3 kad, pandai-pandai la asingkan kad mana kita pakai..
and kalau nak acah pahala tolong orang, pastikan kita sendiri ada kad lain supaya tak sangkut..

anony-mous Publish time 18-5-2022 02:02 PM

Apa bodohnya lahai 35thn guna tol xpernah tau??

anony-mous Publish time 18-5-2022 02:04 PM

jazaa100 replied at 17-5-2022 09:32 PM
Iya lah kan babe.....

Klu dia swap guna t&g dia, bila org tu nk exit, mcmana ek.....


Cuba tgk berapa dia tolak masa swipe kali kedua lrt tu. Mesti posen2 je sbb dia kira kita keluar masuk stesen yg sama. Kdg2 sistem lrt tu mudahkan utk kita g tandas mcm tu la

jazaa100 Publish time 18-5-2022 02:11 PM

anony-mous replied at 18-5-2022 02:04 PM
Cuba tgk berapa dia tolak masa swipe kali kedua lrt tu. Mesti posen2 je sbb dia kira kita keluar m ...

Ooo...iya ke?...
Akk tak perasan... Tapi bila akk kuar, guna kad yg sama utk 2 org, ok je pulak.....

Pasni nk kena beringat le.....mcm prettyuglybabe terangkn kat atas tu.....

dekmieDandy Publish time 18-5-2022 02:21 PM

kalau kat tol cam plus kena touch dua kali tu tahu

tapi tol biasa cam kl-karak pun tak boleh touch dua kali ke?

sebab pernah tengok orang tolong bayarkan, boleh je lalu

anony-mous Publish time 18-5-2022 02:23 PM

jazaa100 replied at 18-5-2022 02:11 PM
Ooo...iya ke?...
Akk tak perasan... Tapi bila akk kuar, guna kad yg sama utk 2 org, ok je pulak... ...

Mmg ok. Kira kaka naik lrt tu free. Sbb dkt stesen keluar tu dia detect sama mcm stesen 1st td. Berapa posen je tolak. Mmg xboleh actually share the card

anony-mous Publish time 18-5-2022 02:24 PM

dekmieDandy replied at 18-5-2022 02:21 PM
kalau kat tol cam plus kena touch dua kali tu tahu

tapi tol biasa cam kl-karak pun tak boleh touch...

Yg gitu boleh je. Ni kes utk tol yg dia xtolak baki masa touch masuk.Kalau setakat tol NPE yg 1.20 tu boleh je.

dekmieDandy Publish time 18-5-2022 02:28 PM

anony-mous replied at 18-5-2022 06:24 AM
Yg gitu boleh je. Ni kes utk tol yg dia xtolak baki masa touch masuk.Kalau setakat tol NPE yg 1. ...

ouu baru paham, sebab kat thread takda tulis in particular tol kat mana :$

uda Publish time 18-5-2022 06:54 PM

dekmieDandy replied at 18-5-2022 02:21 PM
kalau kat tol cam plus kena touch dua kali tu tahu

tapi tol biasa cam kl-karak pun tak boleh touch...

Yang tak boleh ialah tol tertutup atau parking kereta.

My husband dah pernah kena. Orang depan dia tak boleh keluar parking and pergi kat dia minta tolong. Orang tu bayar dia rm2 utk parking fees.
Dia kata macam kena pukau je, so dia beri kad dia kat uncle tu. Lps tu dia nak keluar dah tak boleh. panggil assistant and kena bayar full payment ie rm50. Uhhh.

Dia kata memang tak terfikir masa tu sebab kereta kat belakang berderet nak keluar. Lepas tu memang sentiasa berhati2. Tak bolehlah nak tolong orang lagi.

renko Publish time 21-5-2022 11:27 AM

batak viral la ni
tu sebab merakam
lau ikhlas xdenya masa nk rakam2 bagai
padan muka

nakkomenjugak Publish time 22-5-2022 05:36 PM

heheheheehe
tu laaaa baik2 pun bawak padah
Pages: [1]
View full version: Niat Nak Membantu Orang Bayar Tol, Tapi Diri Sendiri Yang Sangkut Di Tol


ADVERTISEMENT