Cintaerina Publish time 13-5-2022 05:53 PM

"Kalau Anak Aku Ni...!" - Netizen Berang Budak 'Kacau' Ketika Bergambar Raya

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/13/165036m5avvuzzxityyk77.pngSumber: Tiktok Atirah Rahani


Seperti kita semua tahu, setiap kanak-kanak mempunyai pelbagai jenis ragam dan perangai yang kadang-kadang kita sendiri tidak terduga.


Ketika waktu inilah, mereka mempunyai keinginan untuk meneroka semua perkara dan kadang-kala mereka akan bertindak di luar jangkaan kita.


Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, sudah menjadi tugas kita sebagai orang dewasa untuk mengajar mereka untuk membezakan yang mana yang betul dan salah.


Baru-baru ini, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Atirah Rahani memuat naik posting yang membuatkan ramai netizen berang. Menerusi video itu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki melakukan satu reaksi yang luar jangkaan keluarganya kerana malu akibat terjatuh ketika mahu mengambil gambar raya bersama keluarga.


7096772356361768218


Oleh kerana ramai tertawa apabila dia terjatuh, kanak-kanak itu terus menyerang kanak-kanak lain yang mengejeknya itu sebelum menghempas kamera yang digunakan untuk mengambil gambar keluarga tersebut.


Video yang dimuat naik itu kini telah mendapat hampir 1.2 juta tontonan. Menerusi ke ruangan komen, kelihatan begitu ramai netizen yang geram dan marah apabila melihat perangai kanak-kanak itu dan meminta ahli keluarga itu untu menegur kesalahannya.- CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/13/165034h2icmudwzlhom9c9.pngSumber: Tiktok Atirah Rahani







faraway1 Publish time 13-5-2022 06:13 PM

Future kaki dera bini kalau tak ditegur

Artemesiaa Publish time 13-5-2022 06:19 PM

Kalau tak ditegur dari sekarang pasti akan terbawa2 perangainya tu bila dewasa kelak

Meiizu Publish time 13-5-2022 06:37 PM

Sape makpak budak ni oii

gekkou Publish time 14-5-2022 12:11 AM

boleh masing2 dok jerit eeeehhhhh..
x de sorg pun berganjak nk halang budak tu
:curse:

kotakominami Publish time 14-5-2022 01:05 AM

Kate org tua " kecik - kecik tak nak mampoih..besar-besar nyusahkan org"

Tembikaigoreng Publish time 14-5-2022 04:28 AM

Semua bodoh ke? Budak macam Tu Aku sepak je

SecretLuv Publish time 14-5-2022 09:00 AM

Tapi yang peliknya ramai jugak yang backup budak tu. Siap cakap kena peluk cium dia sebab dia tengah malu. Kalau dimarah lagi dibuat katanya..

Kitty_catz Publish time 14-5-2022 10:36 AM

mebi mak pak perangai cenggitu...

mcm mana acuan.. gitulah kuehnyierrr


ezacbee Publish time 14-5-2022 10:40 AM

Anak orang biorkan jelah

Anak sendiri memang dah kena time tu gak :lol:

jazaa100 Publish time 14-5-2022 10:51 AM

gekkou replied at 14-5-2022 12:11 AM
boleh masing2 dok jerit eeeehhhhh..
x de sorg pun berganjak nk halang budak tu

Kau nk ajar ank org......
Kau ingat mak pak dia blh terima?....

Btw....suka je aku dgr dorang menjerit manja terkejut budak tu perangai mcm tu

esbok Publish time 14-5-2022 11:54 AM

acceptable lagi video tu.

Budak tantrum,family pulak nampak jenis penyayanga nampak takde sapa lenting, maksudnya masih dalam kawalan mungkin.
Kalau tua bangka ngamuk hempas tepon ye la kot kene cerca.

UMMI_MAI Publish time 14-5-2022 01:09 PM

motif upload ? suruhkutuk budak / mak bapak budah berjemaah ? suruh puji mak budak / keluarga budak penyayang ?

Normabaru Publish time 14-5-2022 03:00 PM

UMMI_MAI: motif upload ? suruh &nbs ...

Kan..sendiri upload pastu sembang suh netz jgn judge la budak lg la..konon fmly besar..dorg ok ok je..suruh doakan yang baik2 pffftghhhh ko tu yang batak like n clout chaser..sendiri haplod sendiri gelabah

djzara81 Publish time 14-5-2022 03:42 PM

Bangangnye org yg upload kt tiktok tu. Tak psl2 bdk kecik tu dimalukan.

Thunderclouds Publish time 14-5-2022 05:04 PM

Patot xyah upload. Rata2 lani org judgemental yachh..ibarat family & acuan dia ja sempurna luaq dlm. I tgk besa ja. Dh budak tu tmalu,patu pakat2 gelak kt dia,besaq gitu either dia kiriau or retaliate mcm kita tgk tu la. Or lg 1 dia bole join gelak sama. Apa pon, think before u share. Luaq sana suma ummah terrrpaling

234126 Publish time 14-5-2022 07:21 PM

iol kalau tersepat batu pun boleh gelak je. Nak marah batu buat apa iol bukan chimpanzee iol ada akal kohkohkoh yang marah tak pepasal ni memang masalah panas baran. Kalau dari kecik tak tackle memang ke besar la

Zack8hunter Publish time 14-5-2022 10:46 PM

jazaa100 replied at 14-5-2022 10:51 AM
Kau nk ajar ank org......
Kau ingat mak pak dia blh terima?....



betul.. bukan mudah2 nk hamun anak org dpn parents generasi milenium ni... kang sentap bagai kan.. terus x bertegur sape sampai raya thn dpn..

kalo anak aku sendri mmg dah kene kuntau kt situ gak ;P

che-cikL Publish time 14-5-2022 10:58 PM

Tuan punya akaun puunnn, nak buat content belajarlah mengeja dulu. Kan main profile pic letak filter pipi merah bagai, eja menangis pun failed. L.E.M.A.H!

mamastoney Publish time 15-5-2022 08:43 AM

Budak ni perangai ala2 anak kaklong yg mengamuk di 7E tu. Kalo anak aku, aku cubit2 je, biadap!
Pages: [1] 2
View full version: "Kalau Anak Aku Ni...!" - Netizen Berang Budak 'Kacau' Ketika Bergambar Raya


ADVERTISEMENT