Agent13k Publish time 12-5-2022 05:32 PM

Perkataan 'Sayang' Adalah Kata Laluan Paling Kerap Digunakan Di Malaysia

Penggunaan kata laluan adalah salah satu perkara yang paling penting dalam dunia digital pada masa kini, tetapi ramai tidak mahu mengingati kata laluan yang sukar, jadi ramai yang memilih untuk membuat kata laluan yang mudah diingati.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/12/164959ui5s5g54y2o535n5.pngkredit foto: VideoHive



Memetik dari Vocket, syarikat rangkaian persendirian maya (VPN) iaitu ExpressVPN telah membuat satu kajian mengenai kata laluan yang paling biasa digunakan di beberapa buah negara.

https://twitter.com/expressvpn/status/1522916158294433792?s=20&t=iuyvkDFmYGuuw0ZmpI1K2A

Difahamkan, negara Malaysia dan Indonsia menggunakan perkataan "Sayang" sebagai kata laluan mereka, mereka juga mendapati kata laluan mengandungi "123456" menjadi yang kata laluan paling biasa digunakan secara meluas di seluruh dunia.

hGRii5f_uSc

Natijahnya, kata laluan yang bagus adalah kata laluan yang tidak mudah diteka, pengguna kata laluan digalakkan meletakkan kata laluan dengan gabungan teks, nombor dan simbol dalam satu kata laluan, pengguna juga boleh mengaktifkan dwi-faktor untuk ciri keselamatan tambahan jika terlupa kata laluan.-CARI

Beribear Publish time 13-5-2022 09:45 AM

Iolss since 2010 mmg gabungkan nombor & simbol. Tak pernah lg terfikir letak sayang or 123456 hehe. Lepastu set segala alert kat mail & sms

white_musk Publish time 13-5-2022 11:12 AM

Bagus lah... kerana akak ingatkan perkataan paling banyak ialah reformasi ;P
Pages: [1]
View full version: Perkataan 'Sayang' Adalah Kata Laluan Paling Kerap Digunakan Di Malaysia


ADVERTISEMENT