Raline Publish time 12-5-2022 04:40 PM

PROTON perkenal Saga 2022

PROTON perkenal Saga 2022

https://assets.bharian.com.my/images/articles/En_Roslan_Abdullah_and_Dr._Li_Chunrong_1652343135.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong (kanan) bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah pada acara eksklusif media pelancaran Proton Saga 2022 - Foto ihsan PROTON

SUBANG JAYA: Pengeluar kereta nasional, PROTON hari ini melancarkan Proton Saga 2022 baharu, versi terkini model klasik jenama itu dalam satu acara eksklusif media di sini.

Disediakan dalam empat varian iaitu Standard MT, Standard AT, Premium AT dan Premium S AT, Proton Saga 2022 menggunakan enjin 1.3 liter empat silinder 16-injap DOHC VVT yang terbukti dengan kuasa maksima 95 PS pada 5,750 rpm dan tork 120 Nm pada 4,000 rpm, dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan atau transmisi automatik empat kelajuan.

Harga atas jalan tanpa insurans bermula daripada RM34,400 hingga RM44,300 di Semenanjung Malaysia dan RM36,400 hingga RM46,300 di Sabah dan Sarawak.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/PROTON_SAGA_2022_sagala_1652342372.jpg
Proton Saga baharu di Proton Centre of Excellence, Shah Alam. - Foto NSTP/Aziah Azmee

Harga yang ditawarkan itu sah sehingga 30 Jun ini dengan pengecualian cukai jualan.

Ia turut menawarkan ciri yang dinaik taraf dari segi dalaman dan luaran serta penjimatan bahan api yang dipertingkatkan dengan bantuan ciri seperti penunjuk ECO Drive Assist.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/PROTON_SAGA_2022_sagala2_1652342374.jpg
Tetamu yang hadir melihat reka bentuk Proton Saga baharu pada Majlis Pelancaran Proton Saga 2022 di Proton Centre of Excellence Shah Alam hari ini. - foto BERNAMA

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, berkata Proton Saga menjadi kenderaan pilihan ramai rakyat Malaysia dan pembeli di luar negara selama hampir empat dekad dan syarikat berbangga untuk meneruskan legasi itu dengan Proton Saga 2022.

"Dengan adanya kemas kini terbaharu ini, ia memperluaskan lagi warisan model terlaris PROTON untuk pemandu dari semua peringkat umur dan latar belakang.

"Dengan lebih daripada 1.9 juta unit dijual di lebih 28 pasaran seluruh dunia, kami yakin nama Saga akan terus berkembang maju untuk tahun-tahun akan datang," katanya dalam kenyataan.

Proton Saga 2022 menawarkan gaya 'supreme' dengan peningkatan ketara yang meningkatkan tahap dalam kelasnya yang pasti menarik minat pembeli kereta kali pertama yang lebih muda dan juga bagi mereka yang mencari sedan segmen-A.

Bagi menambah kesegaran pada reka bentuk Saga, ia dilengkapi dengan 'skirt' depan dan sisi baharu yang menawarkan rasa 'sporty' yang diserasikan dengan roda aloi 15-inci baharu dan lampu siang LED.

Pada bahagian dalaman, varian Premium S baharu menampilkan skema warna gelap yang sporty, tempat duduk separa kulit yang direka bentuk semula untuk sentuhan keanggunan, dan tikar permaidani tepi merah yang baharu.

Stereng pula boleh dilaraskan sudut kecenderongan dan dibaluti dengan kulit untuk keselesaan, selain kemasan merah pada suis stereng.

Ini ditambah dengan sentuhan warna merah pada gelang gabungan meter dan saluran udara, manakala sentuhan terakhir pula pada suis kawalan iklim yang direka bentuk semula dan dipasangkan dengan Penapis Kabin N95 untuk menapis zarah asap, habuk, bakteria serta bahan pencemar.

Proton Saga 2022 kini dibuka untuk tempahan atas talian dan di bilik pameran PROTON yang sah.

Ia boleh didapati dalam lima warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon dan Ruby Red.

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2022/05/954594/proton-perkenal-saga-2022


Pages: [1]
View full version: PROTON perkenal Saga 2022


ADVERTISEMENT