Cintaerina Publish time 9-5-2022 09:47 AM

Geram Kereta Semua Laju Macam 'Pelesit', Ayah Menyamar Polis Pegang Speed Trap

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/08/233920u5ioz1odihh7hphr.pngSumber: Tiktok Fieza Mieza




Walaupun kerajaan telah berusaha untuk membendung pemandu yang tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa orang lain, masih ada ramai di luar sana yang mementingkan diri sendiri.


Hal ini jelas dapat dilihat apabila pemandu yangtidak mematuhi undang-undang jalan raya terutamanya berkenaan dengan had laju.


Baru-baru ini, perkara sama terjadi kepada pengguna Tiktok dikenali sebagai Fieza Mieza. Menurut wanita ini, terlalu ramai pemandu yang memandu secara berbahayadi hadapan rumah keluarganya. Hal ini menyebabkan ayahnya telah bertindak untuk mencegah perkara ini.


7093833726383099163


Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan ayah kepada wanita itu berlakon sebagai polis dengan memegang alat 'speed trap' untuk menghalang pemandu tidak bertanggungjawab.


Tambah wanita ini, ayahnya terpaksa bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan pemandu-pemandu yang degil.Ayahnya telah menggunakan 'ring light' untuk dijadikan 'speed trap'. Kreatif betul pakcik ni!


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan idea ayah kepada wanita itu. Kelihatan juga netizen sama-sama memberi idea untuk membanteras perkara ini. - CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/08/233918k1fwsf8uo3f5z1om.pngSumber: Tiktok Fieza Mieza






Pages: [1]
View full version: Geram Kereta Semua Laju Macam 'Pelesit', Ayah Menyamar Polis Pegang Speed Trap


ADVERTISEMENT