CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1856|Reply: 10

Lagu Raya 2022, Mana Yang Best?

[Copy link]
Post time 6-5-2022 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Selepas dua tahun menyambut Aidilfitri dalam keterbatasan gara-gara Covid-19, tahun ini masing-masing meraikan perayaan itu dengan penuh meriah.


Ia menjadi lebih bermakna apabila hari raya kali ini disambut bersama sanak saudara dan rakan-rakan.








Kebanyakan syarikat rakaman juga tidak melepaskan peluang untuk mengeluarkan lagu raya baharu bagi menambah kemeriahan Aidilfitri pada tahun ini. Bahkan, stesen penyiaran televisyen dan radio juga menghasilkan lagu raya sendiri digunakan untuk kempen serta kandungan produk mereka.


Getaran menyenaraikan lebih 10 lagu baharu yang dilancarkan bersempena hari raya Aidilfitri. Bagaimanapun, Cari memilih enam lagu yang menjadi pilihan ramai berdasarkan jumlah tontonan di YouTube.

Zapin Lebaran – Ernie Zakri
Sebaik sahaja selesai tempoh berpantang selepas melahirkan anak perempuannya pada Februari lalu, Ernie Zakri tidak menunggu lama untuk merakamkan lagu ciptaannya bersama Yuka Kharisma.


Tampil dengan irama klasik zapin, alunan muzik tradisional yang walaupun kedengaran 'ringan' sama sekali tidak ketinggalan zaman kerana karya sebegitu tetap relevan pada masa kini.


Dimuat naik sejak 10 hari lalu, lagu berkenaan kini menduduki tangga ketujuh sohor kini di YouTube. Rata-rata, ramai yang memuji penyanyi itu yang memilih untuk mengekalkan muzik klasik tanpa menyuntik sebarang elemen irama moden.






Lip Lap Raya – Datuk Seri Siti Nurhaliza
Sehingga artikel ini ditulis, lagu yang dimuat naik dua minggu lalu ini kini menduduki tangga kelapan sohor kini di YouTube. Walaupun tajuk lagu ini agak 'hipster', namun susunan muzik tidaklah terlalu moden. Ia masih lagi mengekalkan identiti penyanyi nombor satu negara.


Walaupun muzik video tersebut dikritik tidak kreatif dan dikatakan meniru idea MV Oh My God nyanyian Adele namun sebagai selebriti yang sudah lama bertapak di industri muzik enggan melayan komen sedemikian.







Suara Lebaran Kita – Hael Hussaini dan Dolla
Tahun lalu, Dolla muncul dengan lagu raya yang hit dan menjadi kegemaran ramai berjudul Raya Raya Raya, manakala Hael Hussaini pula tampil dengan lagu raya Bersyukur Seadanya pada 2019 yang meraih 14 juta tontonan.


Tahun ini, Hael Hussaini bergabung dengan Dolla untuk mempersembahkan lagu raya baharu berjudul Suara Lebaran Kita yang mengisahkan keseronokan beraya dan bertemu orang-orang tersayang selepas beberapa tahun tidak bertemu.


Lagu ini ada unsur pop tradisional yang digabungkan dengan irama dansa. Ia menonjolkan kolaborasi unik Dolla dan Hael Hussaini.






Gema Raya – Aina Abdul
Penyanyi yang sedang membina populariti ini tampil dengan lagu raya ciptaannya sendiri. Sebagai seorang penyanyi dan juga komposer, Aina bijak menggubah lagu yang memiliki sentuhan irama 60-an ini dengan vokal emasnya.


Ada waktu-waktunya, suaranya kedengaran seperti penyanyi lama. Suatu usaha yang bagus! Tapi, mungkin lagu ini akan lebih membangkit apabila menggunakan penyanyi suara latar yang berbeza.







Seikhlas Hati – SOG Menampilkan Shila Amzah
Selepas Pelukan Angkasa, SOG dan Shila Amzah terus berkolaborasi dengan lagu raya pula berjudul Seikhlas Hati yang turut diangkat sebagai lagu tema untuk kempen Seikhlas Hati.


Walaupun SOG masih mengekalkan stail dan trademark muzik mereka termasuk elemen rapcore, namun ia juga turut diberi suntikan elemen muzik Melayu. Seikhlas Hati memang sebuah lagu rock segar, sedap dan tidak bosan didengar berulang kali.







Raya Terbaik – Dayang Nurfaizah, Hannah Delisha dan Sophia Liana
Gandingan yang sama sekali tidak dijangka tapi cukup menjadi. Lagu ini memang punya tarikan yang tersendiri kerana menggandingkan tiga penyanyi wanita yang berbeza genre iaitu R&B, pop dan rap.


Ia memberikan feel dan nuansa yang berbeza untuk sebuah lagu fusion raya seperti ini.  Cuma, judulnya sahaja yang kedengaran seperti tajuk kompilasi lagu raya.








Selain enam lagu yang disenaraikan, antara penyanyi yang turut tampil dengan lagu raya adalah Aiman Tino, Baby Shima serta kolaborasi Masdo dan Bunga yang mempertaruhkan lagu berjudul Hari Raya Kini Dan Kembali.


Sementara itu, Janna Nick tidak ketinggalan memeriahkan Aidilfitri dengan lagu Gatal Raya dan Syamel mempertaruhkan Erti Lebaran. Penyanyi veteran, Ramlah Ram juga tidak ketinggalan mendendangkan lagu raya berjudul Kemenangan.


Mana paling bagi anda? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2022 02:30 PM | Show all posts
Edited by kakaro940 at 6-5-2022 02:35 PM

lagu dolla dgn hael...ke2 lagu senandung hari raya ctdk ft alif azizi iklan astro hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Syamel - Erti Lebaran. Tahniah Bangmel.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dollah best..Rasa nak bagi penampar lagu Shila amzah tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah keciwa dgn lagi Tokti
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 05:08 AM | Show all posts
pelepuk raya tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2022 05:09 AM | Show all posts
muntah muntah raya tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dolla...tokti....erni....bcl
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mane lgu si alip gagap and si vida gemok tuh??? Rase2 tersenarai x dlm lagu nostalgia?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 01:14 AM | Show all posts
paling hauk sog and shila amzah
mungkin tidak sesauai dgn jiwa meols

lagu aina abdul pun meols tak gemar tema vclipnya
macam jenis 4 tahun x jumpa keluar, tak tanya khabar
'lamanya tak jumpaaaaaa'



lagi paling excited adalah
ooooo balik kampunggggggg

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 10:43 AM | Show all posts
Sudah tentulah lagu raya Dato Aliff Syukri, ulang 24 jam pun tak pernah jemu mendengarnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.062847 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list