Cintaerina Publish time 6-5-2022 12:33 PM

"Alang-alang Dah Jem" - Pemuda Hiburkan Orang Terkandas Dalam Jem Dapat Duit Raya

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/06/122744s3rvrr4rb7vbr9wr.pngSumber: Tiktok Razzuan Rosli




Cuti Hari Raya yang agak panjang pada tahun ini telah memberi seribu kegembiraan kepada rakyat Malaysia selepas dua tahun tidak dapat meraikan bulan Syawal akibat pandemik COVID-19.


Menerusi akaun media sosial, kelihatan ramai yang tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke rumah keluarga dan sanak saudara yang sudah lama tidak berjumpa.


Kemeriahan sambutan Hari Raya tahun ini juga dapat dirasai apabila jalan raya dan lebuhraya sangat padat dengan kereta sehinggakan ada yang terkandas dalam jem selama berjam-jam.


7093496045870648602


Situasi sama terjadi di hadapan rumah seorang pemuda dikenali sebagai Razzuan Rosli yang tinggal di daerah Pontian, Johor.


Menerusi video yang dikongsikan di Tiktok, kelihatan di hadapan rumah pemuda ini sesak dengan kenderaan sehingga langsung tidak bergerak. Hal ini menyebabkan dia memutuskan untuk menghiburkan mereka yang terlibat dalam jem dengan berbusking di tepi jalan.


Walaupun busking itu dilakukan secara spontan, namun pemandu serta penumpang yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintu sangat gembira dengan layanan diberikan pemuda berkenaan sehingga ada di antara mereka menghulurkan duit raya kepada Razzuan sebagai tanda terima kasih kerana menghiburkan mereka di saat stres. - CARI

Tembikaigoreng Publish time 7-5-2022 12:39 AM

Ini si pauh kan LOL
Pages: [1]
View full version: "Alang-alang Dah Jem" - Pemuda Hiburkan Orang Terkandas Dalam Jem Dapat Duit Raya


ADVERTISEMENT