maklukpenggoda Publish time 5-5-2022 12:26 PM

Risau bau bangkai? Kini tidak lagi.. kentutlah tanpa was-was!

Kentut memang baik untuk kesihatan. Namun, yang tak baiknya adalah jenis manusia yang kentut senyap-senyap dengan bau yang memang memukau habis. Sudahlah tidak mahu mengaku malah dibiarkan sahaja baunya terus berkeliaran. Silap hari bulan boleh pengsan membaunya!

https://twitter.com/LejenPress/status/1141972376986509312?s=20&t=eSl16s7q30C8SWqbsrdgyA

Hadir dengan inovasi baru bagi membendung masalah ini, Amazon telah menjual satu produk khas untuk menapis bau kentut anda (atau rakan anda?) yang sama seperti telur tembelang.

Dibuat dalam bentuk pad, produk ini merupakan produk penapis arang yang digunakan bagi menapis ‘bauan azab’ anda daripada menyeksa orang lain. Hadir dengan konsep anti-mikrobial, produk ini mampu meneutralkan kembali bau kentut sebelum dibebaskan keluar daripada pakaian.

Dijual dengan harga USD12.30 (RM50.89), anda kini bebas kentut di mana sahaja tanpa risau akan ‘bauan azab’. Mudah sahaja penggunaannya, tampalkan sahaja pada seluar dalam (di kawasan punggung) dan siap!

Selamat mencuba!

Sumber



Buritan Publish time 5-5-2022 06:28 PM

Bolehlaa beli.. kentut kande piropura busukk
Pages: [1]
View full version: Risau bau bangkai? Kini tidak lagi.. kentutlah tanpa was-was!


ADVERTISEMENT