tatod Publish time 5-5-2022 12:15 PM

Meriah Sungguh Raya Keluarga Kamariah, Lebih 120 Saudara Sambut Aidilfitri

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/05/111823p4ubdd435xbcx0y5.pngSumber mStar


Kalau suami isteri dan anak-anak raikan Aidildfitri sahaja pun sudah cukup meriah apatah lagi andai yang datang menyambut kedatangan Syawal itu lebih 120 orang yang turut berhimpun di rumah yang sama.


Memetik laporan mStar, kehangatan sambutan hari raya puasa pada tahun ini cukup bermakna buat keluarga Kamariah apabila rumah yang terletak di Kampung Gadek, Alor Gajah di Melaka itu 'kecoh' dengan gurau senda anak cucu.


Menurut Zaleha Mohamed Daud, aktiviti berkumpul dua tahun sekali itu sudah menjadi tradisi wajib bagi setiap ahli keluarganya. Dia memaklumkan, kebiasaan itu dirancang dan dimulakan sejak 2014.


Sepatutnya, keluarga besar itu berkumpul pada 2020 namun tidak dapat dilaksanakan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuklah sekatan rentas negeri.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/05/112139jhscrzrczc7kfai4.pngSumber mStar


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/05/112154o6uks0goo768z7c8.pngSumber mStar


"Dua tahun sekali kami akan berkumpul di rumah pusaka nenek di Kampung Gadek. Ibu saya adalah anak sulung kepada arwah Kamariah Karim dan Abd Ghani Sama. Mereka mempunyai 10 orang adik beradik.


"Pada 2 Mei lalu, seramai 124 yang hadir meraikan Syawal membabitkan lima generasi daripada moyang hingg piut keluarga Kamariah," katanya yang turut menjelaskan setiap anggota keluarga baharu akan dimaklumkan mengenai tradisi berkenaan.


Zaleha bersyukur kerana setiap individu yang menjadi sebahagian daripada keluarga mereka dapat menerima dan bersetuju dengan 'peraturan' yang ditetapkan.


Menceritakan persiapan menyambut hari lebaran itu, kata Zaleha, masing-masing sudah tahu tugas masing-masing setibanya mereka di kampung halaman.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/05/112259idyyzyjqky99eqvs.pngSumber mStar





"Kami berkumpul hari kedua akhir Ramadan sehingga hari kedua atau ketiga Syawal. Masing-masing sudah tahu apa yang perlu dilakukan seperti memasak dan mengemas rumah.


"Pagi raya kami berkumpul untuk takbir bersama-sama selepas subuh dan bersalaman saling memohon maaf antara satu sama lain.


"Manakala untuk duit raya pula, semua kena beratur ikut 'pangkat'. Yang sudah berusia 25 tahun tapi belum bekerja pun masih dapat duit raya," jelasnya.


Tidak hanya menyambut Syawal di rumah tersebut, mereka turut berkonvoi menziarahi keluarga di Jitra, Kedah dan Johor Bahru, Johor.


Apabila rumah penuh dengan kehadiran keluarga, isu berebut bilik air dan seterika sudah menjadi perkara biasa. Pergaduhan 'manja' itu turut menjadi penyeri sambutan Aidilfitri mereka.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/05/112429pia9nny9oir8z33r.pngSumber mStar




"Tidak semua memilih tinggal di homestay atau hotel sebab rumah besar. Ramai yang suka tinggal sama-sama. Ada yang sanggup bangun jam 4 pagi sebab mahu elakkan berebut bilik air dan seterika.


"Ada lima bilik air pun masih tak cukup. Kalau bab seterika pula yang selalu jadi mangsa untuk gosok baju raya adalah anak-anak dara," selorohnya. - CARI









Buritan Publish time 5-5-2022 06:25 PM

Mggu dpn byk keturunan ni kena kobik..
Pages: [1]
View full version: Meriah Sungguh Raya Keluarga Kamariah, Lebih 120 Saudara Sambut Aidilfitri


ADVERTISEMENT