Raline Publish time 1-5-2022 10:16 AM

KUALA DALAM KENANGAN (SIRI 9) – RAYA AWAL 1982 & PUASA AWAL 1983

KUALA DALAM KENANGAN (SIRI 9) – RAYA AWAL 1982 & PUASA AWAL 1983
“Oleh: Muhamad Takiyuddin Ismail”


https://www.facebook.com/photo/?fbid=163003229440044&set=gm.1032892850990820


Pada1982, aku baru berada di Darjah 1 di Sekolah Rendah Clifford. Aku tidakmengingati banyak perkara mengenai puasa dan Hari Raya di usia itu. Akusendiri tidak ingat sama ada aku sudah mula berpuasa. Namun pada tahunitu, berlaku satu peristiwa penting dalam sejarah Hari Raya apabilanegeri Perak menyambut raya sehari lebih awal berbanding negeri lainiaitu pada tanggal 22 Julai 1982.

Banyak tulisan yang aku jumpameletakkan tahun 1983 sebagai berlakunya peristiwa tersebut. Namun iasebenarnya berlaku pada 1982. Ada juga yang menulis Johor juga berayaawal pada tahun 1982 bersama-sama Perak. Namun Johor tidak terlibatdalam raya awal 1982 dan hanya terlibat dalam puasa awal bersama-samaPerak pada 1983.

Kedua-dua akhbar Utusan dan Berita meletakkankekecohan raya awal di Perak sebagai tajuk utama muka hadapan padatanggal 23 Julai 1982.Laporan Utusan ditulis sendiri oleh HashimP.Mamat, anak Kuala Kangsar yang banyak menulis berita-berita mengenaiKuala Kangsar di Utusan pada era 1980-an. Ia juga menyertakan satugambar sisipan yang penting iaitu imej penduduk Hutan Melintang (mukimBagan Datok) keluar meninggalkan masjid selepas sembahyang raya pagi itu(ada lagi ke masjid klasik ni?).

Apa yang berlaku sebenarnyamempunyai susur galur yang panjang. Dalam buku bekas Ketua Hakim Negara,Tun Suffian Hashim (1976), beliau menyatakan bahawa selepas zamanperang, raja-raja mengetahui tentang kesulitan berhari raya pada hariyang berbeza antara negeri-negeri Tanah Melayu. Majlis Raja-Rajakemudiannya bersetuju membenarkan Yang di-Pertuan Agong menentukanperkara itu bagi pihak raja-raja. Namun perlembagaan membenarkansultan-sultan memutuskan sendiri sama ada hendak atau enggan menyerahkanperkara-perkara itu ditentukan YDPA. Ini sejajar dengan hak hal ehwalagama Islam yang dimiliki sepenuhnya oleh sultan-sultan.

Padahari melihat anak bulan, pegawai-pegawai agama tidak melihat anak bulanSyawal dari Tanjung Kepah, Lumut pada 21 Julai. Tapi sebilangan pendudukkawasan itu mendakwa mereka melihat anak bulan yang samar-samar.Perkara tersebut dimaklumkan kepada Jabatan Agama Negeri Perak yangsegera memaklumkannya kepada Sultan Idris. Baginda kemudiannyamendapatkan pandangan dari alim ulama negeri yang mengadapnya selepasitu.

Titah kemudiannya dikeluarkan agar semua Pegawai Daerah,Penghulu dan Ketua Kampung memberitahu orang ramai bahawa Hari Raya akanjatuh pada Khamis, 22 Julai. Perisytiharan tersebut dibuat pada pukul11 malam iaitu kira-kira 30 minit selepas Penyimpan Mohor BesarRaja-Raja mengumumkan ke seluruh negara bahawa anak bulan Syawal tidakkelihatan dan Hari Raya akan disambut pada Jumaat.

Di KualaKangsar, siren (yang merupakan keunikan penting sewaktu masuk waktuberbuka puasa di bandar ini) dibunyikan dari Ibu Pejabat Polis Daerahuntuk memaklumkan perkhabaran itu. Masjid Ubudiah menerusi bilalnya,Encik Abdullah Ali menyebarkan pengumuman sebanyak dua kali. Masjid dansurau-surau lain juga melakukan perkara yang sama menerusi pembesarsuara dan beduk.

Tidak ketinggalan ialah Jabatan Penerangan, Tentera danbalai Bomba yang membunyikan semboyan masing-masing. Kereta-keretapolis juga memasuki kampung untuk memaklumkan khabar itu. Kegemparan dankekecohan dirasakan di mana-mana. Pejabat Berita Harian di Kuala Lumpurdan Pulau Pinang dihujani panggilan telefon dari penduduk Perak untukmegesahkan khabar.

Dan pada keesokannya, sambutan Hari Raya dihampir seluruh tempat di Perak adalah muram dan sepi. Ada yangmeneruskan puasa kerana tidak mengetahui perintah tersebut. Ada yangmenerima berita selepas pukul 12 malam dan awal pagi dan dengan itutidak mempunyai masa untuk membuat persiapan juadah. Ada juga yangberhati-hati untuk meraikan raya untuk tidak menyinggung perasaan merekayang masih berpuasa. Turut melucukan, ada yang tidak dapat membuatkeputusan kerana rumahnya terletak betul-betul di garis sempadan Perakdan Pulau Pinang.

Suasana di masjid Hutan Melintang contohnyatidak meriah kerana ramai tidak datang ke masjid dan meneruskan puasa.Sembahyang sunat tidak diadakan di Sitiawan dan mereka yang datang kemasjid terkejut kerana tidak ada umat Islam yang datang. Mereka terpaksabersembahyang di Masjid Lumut. Suasana yang sama juga kelihatan dibeberapa daerah lain. Beratus pegawai kerajaan datang ke pejabat tetapimendapati pejabat terkunci.

Bagaimana pun, seramai 1,000 orangbersembahyang di Masjid Negeri Perak di Ipoh. Kehadiran mereka adalahsecara beransur-ansur setelah menerima perkhabaran pada sebelah pagi.Sultan Idris sendiri menunaikan sembahyang di Masjid Ubudiah bersamakerabat, kepimpinan negeri serta 600 orang jemaah lain.
Utusanturut melaporkan di beberapa tempat di negeri lain, raya awal turutberlangsung. Di Kampung Terentang, Jasin, 100 orang menunaikansembahyang raya di masjid pada hari Khamis. Di Besut pula, 40 orangtelah mengadakan sembahyang di masjid Kampung Tok Dor. Tidak dijelaskanbagaimana perkara ini boleh berlaku.

Bertolak dari kontroversitersebut, Sultan Idris kemudiannya membuat satu kertas kerja dandibentangkan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 13-14 Oktober 1982.Kertas yang sama juga telah diedarkan pada Jawatankuasa Fatwa yangbermesyuarat 10 hari sebelum itu. Kerana tidak ada sebarang pindaan atauteguran dari kedua-dua pihak, maka Almarhum beranggapan yang kertaskerja itu menerima persetujuan.

Dan Sultan Idris kemudiannyasekali lagi mengambil keputusan berasingan dengan mengisytiharkan haripertama puasa di Perak bagi tahun 1983 jatuh pada 12 Jun dan bukannya 13Jun seperti negeri-negeri lain. Kali ini, Johor yang ketika itu dibawahpemerintahan Almarhum Sultan Iskandar juga mengambil ketetapan yangsama iaitu berpuasa sehari lebih awal berdasarkan kiraan falak.

Iamenyebabkan tercetusnya perang mulut yang lebih tegang antara kedua-duaSultan dan juga pihak birokrat agama persekutuan. Kedua-dua negeribagaimana pun merayakan hari raya puasa 1983 serentak bersamanegeri-negeri lain.
Al-Fatihah untuk Almarhum Sultan Idris dan juga Almarhum Sultan Iskandar.




Kredit dan Adaptasi Daripada: Utusan Malaysia & Berita Harian sekitar Julai 1982 dan Jun 1983



Pages: [1]
View full version: KUALA DALAM KENANGAN (SIRI 9) – RAYA AWAL 1982 & PUASA AWAL 1983


ADVERTISEMENT