"Senangnya Pintu Keselamatan Pecah" - CCTV Rakam 3 Lelaki Pecah Rumah
Baru-baru ini, ada video tular di TikTok yang menunjukkan sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian pecah rumah yang berlaku di Kota Kinabalu, Sabah.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/29/162515t7vnmkyapew6kr7a.pngkredit foto: TikTok
Dalam video itu, kelihatan tiga lelaki telah menceroboh masuk ke dalam kawasan sebuah rumah yang terletak di taman perumahan Jalan Kingfisher.
7090904652954357018
Difahamkan, salah seorang dilihat cuba masuk ke rumah tersebut dengan menendang pintu rumah. Sebaik berjaya membuka pintu itu, mereka memasuki rumah tersebut, tetapi tak lama kemudian mereka lari keluar selepas menyedari ada penghuni di dalam.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/29/162158ce9v6jzk7ej8jzkb.pngkredit foto: TikTok
Menurut Siakap Keli, ekoran kejadian itu, pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.
Segelintir netizen meninggalkan komen pada video itu mempersoalkan kekukuhan pintu berkenaan memandangka ia senang dipecah masuk walaupun harganya dikatakan mahal. - CARI Mujur jugak diorang lari...i cukup takut jenis yg ikat parang smua tu Over laaaa nape curik airrr biar betik sekali dua penerajang je dah terbukak…aku baru je plan nak tukar ke safety door…hadeh… alamak utk yg dh pakai security door. mesti risau.. dasyhatnya perompak antara sbb takut stay landed house Serious la security door tu tak secure :o
Pages:
[1]