Agent13k Publish time 29-4-2022 12:50 PM

Anak Mengamuk Tak Nak Balik Kampung Sebab Tak Ada Internet

Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi, pasti ramai sudah membuat persiapan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing selepas 2 tahun tidak dapat balik kampung kerana pandemik.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/29/124024wwl16j29g9w6gmgd.pngkredit foto: TikTok



Petikan dari Redaksi, baru-baru ini ada video tular di video sosial TikTok yang memaparkan gelagat seorang budak lelaki yang mengamuk kerana tidak mahu mengikut ayahnya pulang ke kampung halamannya.

7090549566923099419

Difahamkan, alasan kanak-kanak itu tidak mahu balik kampung kerana tiada jaringan internet di sana.

Disebabkan perkara itu, bapanya terpaksa menggunakan cara lain iaitu mengangkat anaknya masuk ke dalam kereta dan ahli keluarga lain sudah bersiap untuk bergerak.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/29/123847khp5hhu7wu87n7il.pngkredit foto: TikTok



Menjengah di komen pula, ramai yang memberi peringatan bahawa jangan biarkan anak selalu main dengan gajet dan ada yang mengatakan kanak-kanak zaman sekarang berbeza dengan kanak-kanak zaman dulu. -CARI

Artemesiaa Publish time 29-4-2022 06:18 PM

Kat tanahair ni pun apa kurangnya

Samerosie Publish time 29-4-2022 06:20 PM

Lempang je.

Jajuli Publish time 29-4-2022 09:56 PM

Alhamdulillah kat Malaysia kampung2dah fiber, MCM kampung aku bertahun Cooper Streamyx awal tahun ni dah fiber

faraway1 Publish time 30-4-2022 04:29 AM

mengada betul...

jijilaaa Publish time 30-4-2022 12:05 PM

budak sekarang...my sister pun jenis tak ajar anak main phone...nak tgk cartoon or utube mmg kat tv je. tp disebabkan pkp, xleh keluar. bebeudak boring memberontak. nak tak nak dia bagi phone jugak

sambaldurian Publish time 30-4-2022 06:43 PM

jaringan2 ni teringat zmn2 JARING , bunyi connecting je gempak , tp hampeh. asal nk guna nk phone umah, kena logout.aku pun x ingat bukak jaring internet tu utk apa. slow ya amat.

SonicSiLandak Publish time 30-4-2022 07:13 PM

password dia abc123

SonicSiLandak Publish time 30-4-2022 07:14 PM

sambaldurian replied at 30-4-2022 06:43 PM
jaringan2 ni teringat zmn2 JARING , bunyi connecting je gempak , tp hampeh. asal nk guna nk phone um ...

teringat juga tmnet prepaid.. 1515.. kemudian 1315... dial up 56kbps

CikYaYaYa Publish time 1-5-2022 10:44 AM

mengadanyaa ko budakkk. herlokkk bagi sedass tamparan :lol:

gideoncross Publish time 1-5-2022 09:53 PM

Samerosie replied at 29-4-2022 06:20 PM
Lempang je.
Klau zmn dlu, klau kna bgi sedas plempang, smpai bsar thu hormatkn org lain.

Samerosie Publish time 2-5-2022 09:42 AM

gideoncross replied at 1-5-2022 09:53 PM
Klau zmn dlu, klau kna bgi sedas plempang, smpai bsar thu hormatkn org lain.

Setuju sangat.

gideoncross Publish time 2-5-2022 10:50 AM

Samerosie replied at 2-5-2022 09:42 AM
Setuju sangat.

Kat FB prnh ada stu quote psl ni jugak, lbih kurg. Budak2 dlu skli dpt pelempang, smpai bsar ingt tpi budak2 skrg mkn kismis minda balik2 pun ttap jugak x thu hormatkn org lain.

copy_paste Publish time 12-5-2022 04:25 PM

xde internet pun seminggu je,nt balik main la puas2
Pages: [1]
View full version: Anak Mengamuk Tak Nak Balik Kampung Sebab Tak Ada Internet


ADVERTISEMENT