Cintaerina Publish time 28-4-2022 05:47 PM

Dulu Dipukul Bekas Kekasih, Sekarang Dibelasah Kekasih Baru Pula!

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/28/164729ggaes3tlsybzuat0.pngSumber: Tiktok Isitmeeh




Setiap seorang daripada kita menginginkan orang yang memahami dan mampu memberikan kasih sayang yang secukupnya untuk dijadikan teman hidup.


Walau bagaimanapun, tidak semua orang bertuah dalam memilih pasangan hidup. Pasangan yang dipilih sepatutnya memberi seribu kebahagiaan kepada kita, namun kadangkala hubungan itu berakhir dengan kesedihan dan kesakitan.


7090444767791746305


Itulah kisah yang terjadi kepada gadis dikenali sebagai Isitmeeh yang berkongsikan cerita mengenai kisahnya menjadi mangsa penderaan domestik.


Menurut gadis ini, dia pernah menjadi mangsa bekas kekasihnya yang juga kaki pukul tetapi berjaya keluar daripada hubungan tosik itu.


Namun, setelah menamatkan hubungan itu, gadis ini menjalinkan hubungan bersama lelaki lain dan lagi sekali terlibat dalam perhubungan yang tosik.


Bak kata pepatah melayu, keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Sekali lagi dia menjadi mangsa pukul yang lebih teruk daripada bekas kekasihnya.


Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen sangat marah dengan tindakan lelaki yang memukul dirinya dan sama sekali tidak menyokong sebarang kekerasan dilakukan ke atas wanita. - CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/28/164840kr71ek2mj2e84u66.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/28/164840mie2ddfix99ntd5e.png

Sumber: Tiktok Isitmeeh






Thunderclouds Publish time 28-4-2022 07:38 PM

Either hg mmg a*hole magnet or mmg your taste spesis a*hole

n3ar Publish time 29-4-2022 07:34 AM

spesis suka bad boy ker ni.... kalau yg baik, awk terlalu baik untuk sy... i suka yg nakal2 sikit..

penyudahnya jadi punching bag... bila dah tua tak laku, tengok kawan2 kawen, tujam spe jer datang dia sapu

manehnya Publish time 29-4-2022 09:13 AM

sedap kot tadah kena pukul.. diri sendiri yg meminta... enjoy la...

cycra Publish time 29-4-2022 09:31 AM

walaupun kejam tohmahan ni, tp kalau berulang gini samaada mangsa willingly memilih si kaki pukul, atau radar kaki pukul dapat detect mangsa...

jarang orang2 normal nak tersalah pilih 2x

annehuda Publish time 29-4-2022 09:44 AM

n3ar replied at 29-4-2022 07:34 AM
spesis suka bad boy ker ni.... kalau yg baik, awk terlalu baik untuk sy... i suka yg nakal2 sikit..
...

sbg perempuan aku nak share la pengalaman aku dengan lelaki spesis 'baik' ni.korg ditinggalkan tu bukan ape sebab korang bajet korang tu baik, padahal sbnrnye takdela baik mana pun.mcm sorg aku kenal tu oh sebab dia imam hafal al-quran pastu dia taknak dengar pun apa pendapat aku. siap cakap mcm ni, 'perempuan ni ibarat kambing biri-biri kalau gembalanya bagus insya allah takkan sesat'. ko raseeee?????baru kenal pun dah rasa perempuan ni mcm biri-biri. also erti 'baik' pada lelaki ni asalkan tak pukul, tapi korang abaikan perempuan tu, lebihkan kawan-kawan, bila awek korang nak curhat korang buat bodo, takde rasa nak amek tau pun awek ko minat apa, apa yang dia suka dan tak suka. kawan aku bertahun-tahun kenal ngan lelaki baik pastu putus nak tau ngape? sebab ex die langsung takde initiatif nak masuk meminang ke, nak bawak balik jumpe mak bapak ke. so kawan aku putus kenal lelaki lain 3 bulan terus tunang. dan dan tulah jugak ex dia reveal kt socmed 'selama ni i kumpul duit demi nak halalkan you bla bla bla'.masa couple takde pun ko bincang nak kawen ke ape ke.udah kawan aku tu plak kene kecam..
ko tgk babypian jelah so called laki yg baik, tak lama tu kantoi plak gambar kontroversi ngan perempuan lain.   baiklah sangat kheeennn

prettyuglybabe Publish time 29-4-2022 11:23 AM

janji kau berlaki dek...

jijilaaa Publish time 30-4-2022 12:11 PM

bodoh le kalau kau masih stay

gideoncross Publish time 1-5-2022 09:59 PM

Pukul balik pun x thu, bodoh.

gideoncross Publish time 1-5-2022 10:00 PM

Edited by gideoncross at 1-5-2022 10:02 PM

annehuda replied at 29-4-2022 09:44 AM
sbg perempuan aku nak share la pengalaman aku dengan lelaki spesis 'baik' ni.korg ditinggalkan t ...
Style jejantz Mulayu Melesia lah tu, time ada awek kmain x pduli, blas txt pun mlas, smuanya slah c prmpuan tpi nnti bila c prmpuan dh dpt llaki yg lgi baik, start lah mroyan kat internet, bodoh brganda2 ya jejantz Mulayu Melesia ni. Msti ex-bf kwn uol tu sjenis yg pndai brlakon, dpn kwn2 llaki heol msti pndai putar-belit crita sbb nk buatkn kwn uol yg nmpk jahat pdahal heol yg brkli2 ganda lgi jahat pstu bodoh.

star_karat Publish time 3-5-2022 06:07 PM

Muka mcm boyan singapura

copy_paste Publish time 12-5-2022 04:20 PM

g belajar karate ke,tekwando ke,silat ke,pastu g bercinta balik ngn badboy

salimrock Publish time 12-5-2022 05:31 PM

ko cuba cabar boifren ko, ala dgn pompuan boleh la, cuba ko cari gaduh dgn mamat tu...

ko randomly tunjuk mana2 lelaki yg agak2 genster kaki pukul ke apa...haha, bg dia rasa kena pukul pula

lepas tu belah la dr hubungan tu..

tak pn susah report polis je la dik...

dulu ada jiran ni selalu pkl bini,smpai 1 hari bini dia lari, ke rumah jiran lain,jiran2 lain semua cabar lelaki tu fight, 1-1sengih senyum minta maaf mcm jantan pengecut... pastu lari bila ada orang cakap nak tangkap dia belasah rasa mcm mana kena pkl...

bukan la kitorang tak nak pkl dia, tp bapak dia pn tinggal sekali, mmg la mulut bapak dia cakap ko belasah budak ni sekali bg dia rasa... tp kt rasa tak sampai hati pulak pkl anak pakcik tu, busuk2 pn anak dia juga kan..., lg pn kt respek bapak dia..

last orang nasihat bini dia cerai...

mmg cerai pn padan muka mamat tu, last2 dia murung dan dah mampos kot..haha..

mmg mamat ni hensem , ckp baik2 , tp pkl bini teruk2 smpai lebam beb... kadang2 ngadu kt adik pompuan aku nangis2 , bini dia pn lawa,tp bila dah lebam mata tak lawa dah..

setelah di siasat, isap dadah orang nya... dia pn dah belah dr kawasan kitorang...

tp tahniah la pada ex-bini dia tu, dah belah tak dtg balik... jgn pula dah pujuk2 dtg semula ke pangkalsuami
Pages: [1]
View full version: Dulu Dipukul Bekas Kekasih, Sekarang Dibelasah Kekasih Baru Pula!


ADVERTISEMENT