CARI-MAL Publish time 28-4-2022 05:04 PM

Dah Lama Mengidam, Nantikan Buah Tangan Sulung Awie

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie bakal filem pertama arahannya berjudul Rebel.


Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 53, ketika ditemui berkata, ini adalah permulaan yang baik untuk kerjaya pengarahannya dan teruja untuk memulakan penggambaran filem aksi drama itu.


"Sebelum ini, saya pernah menjadi pengarah aksi untuk filem Iskandar. Tetapi, itu hanyalah untuk babak-babak aksi sahaja.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/28/170445r2t02vklhp58ikpn.jpgFB Awie




"Kini, saya berpeluang mengarahkan satu filem sepenuhnya dan mungkin Tuhan kurniakan peluang ini kepada saya kerana saya sudah lama idamkan untuk mengarahkan filem aksi.


"Tentunya saya begitu teruja kerana Allah makbulkan doa dan impian saya," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, dia sebelum ini ingin memulakan langkahnya sebagai pengarah lebih awal, namun memberi ruang kepada karya lain terlebih dahulu.


"Sebenarnya, cita-cita untuk mengarah filem aksi timbul sudah lama, sebelum filem seperti KL Gangster dan sebagainya muncul lagi.


"Namun, saya pendam buat sementara untuk memberikan laluan kepada filem-filem aksi sedia ada pada ketika itu sebab tak mahu menghasilkan benda yang lebih kurang sama.


"Apabila diberi peluang untuk mengarahkan filem terbitan Wau Production Sdn Bhd dan Rumah Produksi Merah ini, kebetulan, ceritanya dah ada dan saya berikan sedikit olahan semula di samping beberapa penambahbaikan," katanya.


Filem Rebel bakal dibintangi pelakon antaranya Ben Amir, MK K-Clique, Shiqin Kamal dan Awie sendiri.


Ia mengisahkan mengenai perjalanan hidup seorang pemuda bernama Luka yang hidup dalam persekitaran 'gelap' dengan pelbagai aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran, dadah dan gengsterism.




Sumber: Harian Metro

Belibis Publish time 28-4-2022 07:35 PM

Klise...ada lagi ke orang nak tengok citer ala2 kl gengster?

Mulotkoyak Publish time 28-4-2022 08:43 PM

Belibis: Klise...ada lagi ke orang nak... penerbit and pengarah malaysia ni xde idea lain ke?Berbalik gangster,lawak bodoh dan hantu sewel komedi. Bila laaa nak maju dgn idea yg bagus. Ak suka khabir bahktiar and Redfilm yg diarahkan oleh 3R tuh. Selain dr tuh nauzubillah ak nak tgk.

julia13 Publish time 19-5-2022 11:56 AM

This is a really helpful post for me. I really appreciate your work for providing such useful information, thank you so much! spades online
Pages: [1]
View full version: Dah Lama Mengidam, Nantikan Buah Tangan Sulung Awie


ADVERTISEMENT