Cintaerina Publish time 28-4-2022 03:26 PM

"Sayang, Jawapan Saya Adalah Ya,"- Isteri Hadiahkan Cincin Kahwin, Reaksi Suami Teruja Minta Dilamar Buat Ramai Tertawa

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/28/145838njz6ve06nzwb6hwb.pngSumber: Tiktok Nadia




Perkahwinan yang bahagia bukan sahaja memerlukan pasangan yang saling melengkapi, malah pasangan itu perlu ada sikap menghargai antara satu sama lain. Walaupun sudah lama berkahwin, individu yang betul-betul mencintai pasa­ngannya akan sentiasa berusaha untuk buatkan mereka gembira.


Kita seringkali melihat saat indah yang tular di media sosial di mana lelaki atau suami membuat kejutan istimewa buat pasangan tercinta. Namun, lain pula cerita wanita ini.


Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Nadia Azlan Shah telah memuat naik satu posting di akaun Tiktok miliknya. Menerusi video itu, kelihatan wanita ini ingin membuat kejutan istimewa buat suaminya dengan memberikan cincin nikah baru.


Menurut wanita ini, semasa berkahwin dahulu, suaminya tidak pernah meminta cincin kahwin kepadanya kerana tidak mahu membebankan kewangan isterinya kerana mereka berkahwin di usia muda. Namun setelah 5 tahun berkahwin, akhirnya wanita itu menghadiahkan suaminya sebentuk cincin perkahwinan.


7090867609326865690


Pada mulanya, suaminya tidak perasan bahawa kotak cincin diletakkan di atas meja. Apabila disuruh oleh wanita itu untuk melihat apa yang ada di atas meja barulah suaminya terdiam dan terus tersenyum. Nampak begitu teruja reaksi suaminya dan terus setuju untuk 'berkahwin' dengannya.


Suaminya turut minta dia untuk melutut sebagai tanda melamarnya, namun wanita ini tidak mampu melakukan hal itu kerana sedang mengandung. Comel betul gelagat pasangan suami isteri ini.


Kini, video yang dimuat naik oleh Nadia telah mendapat hampir 350 ribu tontonan dan netizen telah membanjiri ruangan komen itu dengan pelbagai reaksi. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/28/145836v7fl0fk554l0t5ci.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/28/145836hach0ocsjvk8uhzh.png

Sumber: Tiktok Nadia






Nuyak Publish time 28-4-2022 03:58 PM

comel anaknya senyum...

Adrif Publish time 28-4-2022 08:54 PM

anak nak masuk 2 orang dah si Syafik ni.

masa dulu aku mati2 ingat dia ni ummah lemari sejati.
zaman dia buat badan, tayang biceps, style ala-ala model in disguise.

rupanya memang style dia suka berlakon lembut2 gitu kot
tapi jantan normal.

Perawankota Publish time 29-4-2022 07:38 AM

Kat hilton kl nih... Lamanya x pi sana

LostStar Publish time 29-4-2022 09:28 AM

yg bestnya anak ia last skali.. haha..

bulanbulat Publish time 29-4-2022 12:17 PM

Okla ni cute dan bersahaja

doubleharmonic Publish time 29-4-2022 11:05 PM

heshe ni stret atau kelepok raya gituh?

jijilaaa Publish time 30-4-2022 12:06 PM

happy family :loveliness:
Pages: [1]
View full version: "Sayang, Jawapan Saya Adalah Ya,"- Isteri Hadiahkan Cincin Kahwin, Reaksi Suami Teruja Minta Dilamar Buat Ramai Tertawa


ADVERTISEMENT