Cintaerina Publish time 28-4-2022 10:27 AM

"Tangan Emas Bro" - Lelaki Lukis Rumah Sempena Syawal Dipuji Netizen

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/28/075601ky1881gqyw8bdq8b.pngSumber: Tiktok Zameer




Sudah menjadi kebiasaan setiap kali Aidilfitri menjelma,kebanyakan umat Islam yang akan menyambut bulan Syawal tidak akan melepaskan peluang untuk menghias atau ubah suai rumah masing-masing untuk merasa meriahnya suasana hari raya.


Ketika inilah sestengah orang akan berlumba-lumba dengan jiran tetangga untuk tunjukkan rumah siapa paling cantik. Bermula daripada memasang lampu ‘lip lap’ raya, memasang langsir baru, mengecat rumah sehinggalah memasang pelita buluh. Ish, tak sabar pula nak raya!


Tetapi, baru-baru ini satu video telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Zameerpentbrush. Nampaknya lelaki ini sudah menghias rumah untuk sambut raya ke next level.


7090183779150482715


Ternyata idea lelaki yang dikenali sebagai Zameer untuk menghias rumah sangat berbeza dengan orang lain. Lelaki ini telah membuat keputusan untuk membuat lukisan mural yang bertemakan raya di rumahnya sendiri. Memang lain dari yang lain abang ni!


Menerusi video itu, jelas kelihatan Zameer melukis dinding rumah papannya dengan membuat corak seperti batik, ruangan dapur tradisional serta tingkap klasik seperti rumah kampung zaman dahulu.


Apa yang membuatkan lukisan itu special ialah bila sekali pandang, ia nampak seolah-olah 'hidup' dan seperti rumah 'betul'. Zameer juga sangat teliti dalam setiap detailing kecil seperti warna dan garisan pada corak.


Dalam video itu juga kelihatan media sedang membuat liputan dan menemu ramah Zameer tentang hasil karyanya yang sangat kreatif. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/28/075559hwlhn02r3g3tn2bn.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/28/075559evxdqqqq9xgzvicd.png

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/28/075559z1ygyyizqgdty4gz.png

Sumber: Tiktok Zameer






imanamsyar Publish time 28-4-2022 12:40 PM

gambo before and after xde ke? nak tgk gak..

MoonRise Publish time 28-4-2022 02:11 PM

Aku jeles tengok tangan orang berseni nie.

musangbodoh Publish time 28-4-2022 10:38 PM

cat moto pun buleh bro nie...

jijilaaa Publish time 30-4-2022 12:14 PM

cantikkkk.......

anony-mous Publish time 1-5-2022 01:25 AM

Pergh lawo lukisan 3d. Kreatif. Boleh rasa suasana kg tu
Pages: [1]
View full version: "Tangan Emas Bro" - Lelaki Lukis Rumah Sempena Syawal Dipuji Netizen


ADVERTISEMENT