boca120879 Publish time 28-4-2022 02:35 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Pertahankan Hak

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Abu Kuraib Muhammad bin al-'Ala', diceritakan oleh Khalid (Ibnu Makhlad), diceritakan oleh Muhammad bin Ja'far, daripada al-Ala' bin Abdurrahman, daripada bapanya (Abdurrahman), daripada Abu Hurairah,
"Seorang lelaki bertemu dengan Rasulullah s.a.w. seraya berkata,"Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika ada seorang lelaki yang ingin merampas harta bendaku?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Jangan kamu berikan hartamu kepadanya!"
Lelaki itu bertanya lagi,"Lalu bagaimana jika dia hendak membunuhku?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bunuhlah dia!"
Lelaki itu bertanya lagi,"Lalu bagaimana pendapatmu kalau dia berhasil membunuhku?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Maka kamu syahid."
Lelaki itu bertanya lagi,"Bagaimana pendapatmu jika aku yang berhasil membunuhnya?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Dia yang akan masuk ke dalam api neraka."
(Hadith Muslim no. 201)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Pertahankan Hak


ADVERTISEMENT