sfhzuraz Publish time 27-4-2022 05:04 PM

Agong ucap selamat Hari TLDM ke-88

Agong ucap selamat Hari TLDM ke-88

April 27, 2022 @ 10:18am


https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhagomtldm27o_1651025928.jpg


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-88 kepada seluruh warganya.
Menurut catatan di Facebook Istana Negara hari ini, ucapan berkenaan turut ditujukan Al-Sultan Abdullah kepada veteran dan semua yang pernah berkhidmat dengan TLDM.
"Jasa, khidmat dan bakti TLDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan perairan negara amat dihargai dan disanjungi.
"Semoga TLDM terus menjadi sebuah angkatan laut yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. Syabas dan tahniah," titah baginda. – BERNAMA




Pages: [1]
View full version: Agong ucap selamat Hari TLDM ke-88


ADVERTISEMENT