Agent13k Publish time 27-4-2022 04:29 PM

"KWSP Tak Masuk Lagi Kot," Pekerja Dedah Lelaki Mencuri Sakan di Kedai Lepas Berbuka

Dalam bulan yang mulia ini, siapa sangka ada individu yang mengambil kesempatan dalam kesibukan untuk persiapan Aidilfitri yang tiba tidak lama lagi.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/27/150348ig7g3ucz4gwb4bgh.pngKredit foto: TikTok



Petikan dari Redaksi, baru-baru ini ada video tular di video sosial TikTok yang memaparkan seorang lelaki dikatakan mencuri beberapa barang di sebuah kedai di Setapak.

Melihat dari rakaman litar tertutup (CCTV) itu, lelaki berbaju Melayu itu mengambil scooter mainan di sebuah kedai.

7090710529139936538

Difahamkan, lelaki itu telah mengambil cadar berserta dua buah scooter mainan dari kedai berkenaan.Difahamkan staf di kedai itu baru sahaja selesai berbuka puasa.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/27/150511ydxaanooixd75f8h.pngkredit foto: TikTok



Menjengah di komen pula,ramai netizen yang kecewa dengan sikap mencuri lelaki itu dan ada yang membuat pelbagai komen lucu tentang perbuatan lelaki itu. -CARI

zarulnazmi Publish time 27-4-2022 04:59 PM

Maaf saya tak boleh nak husnuzon dengan orang macam ni. Alasan tak mampu untuk anak-anak tak boleh diguna pakai. Dia ambil kesempatan ke atas peniaga dengan mengulang perbuatan mencuri selepas terlepas sekali.

swimswim Publish time 28-4-2022 12:16 AM

Semoga pencuri scooter tersebut mendapat balasan setimpal

elzy Publish time 28-4-2022 09:28 AM

Barang yang dicuri pun bukanlah satu keperluan, lebih kepada kehendak.. tapi sanggup mencuri (andai betul dia mencuri..) hurmm :L

jijilaaa Publish time 30-4-2022 12:16 PM

kadang mencuri ni ketagih bukan sbb xmampu..duit ada tp dia sayang nak guna duit. benda boleh curi buatpe nak beli... aaa gitu kekdahnya
Pages: [1]
View full version: "KWSP Tak Masuk Lagi Kot," Pekerja Dedah Lelaki Mencuri Sakan di Kedai Lepas Berbuka


ADVERTISEMENT