tatod Publish time 27-4-2022 04:28 PM

Penyewa Pasangan Suami Isteri Kacak Dan Cantik Tapi Rumah Macam Tongkang Pecah!

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/27/145429ewggg2gazqmpam2g.pngSumber mStar




Jijik! Itulah perkataan yang dapat menggambarkan keadaan rumah milik Kamarina Komeng selepas ditinggalkan oleh pasangan suami isteri yang menyewa di kediaman berkenaan.


Sebelum dihubungi oleh mstar, Kamarina terlebih dahulu memuat naik video paparan keadaan rumahnya di TikTok yang dipenuhi dengan sampah-sarap sehinggakan kediaman itu seolah-olah adalah tempat pembuangan sampah.


Seluruh bahagian rumah sama ada ruang tamu, dapur, tandas mahu pun bilik tidur dibiarkan kotor dan bersepah dengan sampah. Malahan, sisa makanan juga tidak dibuang dan dibersihkan.


Berdasarkan artikel terbitan mStar, Kamarina menyewakan rumahnya di perumahan flat di Pasir Gudang, Johor kepada pasangan suami isteri yang baru berkahwin sejak pertengahan tahun lalu.


"Suami isteri ini asalnya menyewa bilik di tempat lain tetapi bercampur penghuni lelaki dalam rumah. Mereka kemudian minta tolong untuk sewakan rumah.


"Ketika itu, mereka baru sahaja berkahwin dan si isteri belum mendapat sebarang pekerjaan. Atas dasar kasihan, saya berikan mereka peluang untuk menyewa," katanya.


7084094927906327835


Bagaimanapun, sepanjang tempoh pasangan itu menyewa di flat terbabit, Kamarina berhadapan dugaan apabila mereka sering kali gagal membayar sewa sebanyak RM500 mengikut waktu yang ditetapkan.


"Mereka kerap lambat bayar dan selalu ada tunggakan. Jadi saya tergerak hati untuk buat spot check pada Januari lalu. Kebetulan mereka tidak ada di rumah dan saya gunakan kunci pendua untuk masuk.


"Sebaik saja melangkah masuk, saya hanya mampu mengucap kerana keadaan rumah yang sangat teruk. Saya hanya mampu berdiri. Nak jalan pun susah apatah lagi duduk kerana sampah terlalu banyak. Tilam pun dicucuh dengan rokok.


"Ada sisa makanan yang sudah berulat. Bukan hanya di ruang tamu dan dapur tetapi dalam bilik tidur pun ada makanan dibiarkan. Bau busuk susah untuk saya gambarkan. Lipas pun ada banyak," katanya yang bekerja sebagai guru.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/27/145702y47lnzdbmtnbnnld.pngSumber mStar




Selain itu, Kamarina juga mendapati seluar dalam lelaki di dalam tandas hanya dibiarkan di lantai. Dia tidak dapat membayangkan kehidupan suami isteri itu tinggal dalam keadaan rumah sedemikian.


Hendak berbaik sangka rumah tersebut berantakan disebabkan dipecah masuk, bagaimanapun tidak ada sebarang tanda-tanda kerosakan kerana pintu dan tingkap masih dalam keadaan baik.


"Saya ada tanya jiran dan mereka katakan masih melihat suami isteri itu keluar masuk rumah. Maknanya, mereka masih tinggal di situ cuma tak pastilah macam mana mereka boleh tidur dalam keadaan begitu.


"Saya call pasangan itu berpura-pura tidak tahu keadaan rumah dan tanya sama ada mereka boleh bayar sewa atau tidak. Kalau tidak, saya minta mereka keluar secara baik dan mereka pun setuju.


"Selepas beberapa hari, saya datang untuk bersihkan. Keadaan rumah sudah pun dikemaskan. Cuma kotor sikit-sikit dan tidak terlalu teruk seperti ketika saya lakukan spot check," katanya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/27/145816vm8z30m8130z8bw6.pngSumber mStar




Dia terpaksa 'menghalau' pasangan terbabit keluar dari rumah kerana bimbangkan terjadinya perkara yang lebih buruk dan menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk membersihkan rumah itu pada kemudian hari.


Tambahan pula, Kamarina menyewakan flat berkenaan atas dasar ingin menolong dan tanpa sebarang perjanjian. Wanita berusia 37 tahun itu bagaimanapun tidak serik untuk menyewakan kediaman itu kepada orang lain.


"Sebelum ini pun ada saja penyewa yang pengotor tetapi ini yang paling teruk. Takut ada benda pelik kat rumah tu. Cuma saya terkejut sebab kedua-dua mereka sangat lemah lembut.


"Suami kacak, isteri cantik dan mereka sentiasa berpakaian rapi. Mungkin saya tak jangka sikap pengotor mereka itu," katanya. -CARI




renko Publish time 27-4-2022 04:54 PM

mcm kubang babi

hasniey Publish time 27-4-2022 05:18 PM

Biasa mcmni kaki dadah.dpt barang xkisah dah rumah busuk ke apa
Xpon masing2 mental xboleh fikir tmpat kotor mcmni bukan utk manusia duduk.
Mntak jauh famili ai jd mcmni

Belibis Publish time 27-4-2022 10:21 PM

renko replied at 27-4-2022 04:54 PM
mcm kubang babi

Kubang babi lagi elok der..mana ada ulat,plastik sampah..hanya selut dan air jer.:lol:

jazaa100 Publish time 27-4-2022 10:21 PM

Perlu ke nk bgtau seluar dlm lelaki dlm tandas.....
Dah penyewa tu bersihkn sblm kuar, aku rasa tak perlu lah nk bertik tok sgt.....

Lagubestbest Publish time 28-4-2022 12:05 AM

500 sebulan? not bad. kat mana..

Suchi Publish time 28-4-2022 12:25 AM

Edited by Suchi at 28-4-2022 12:32 AM

Betul ke pasangan kacak dan cantik? Dah rupa mcm umah kongsi reramai plak. Duk berdua je udah napa semua ruang dlm umah tu penuh barang2 yg taktau apa fungsi tu.
Solat kat mana weh? Takde ruang kosong pun. Katil tu plak tak rupa katil dah. Dorang tak tidur ke? Sibuk sgt keje ke apa? Tp kalau sibuk sgt keje patutnya umah pun lapang jelaa sbb balik cuma utk tidur je.
Baca komen dia kat tiktok tu katanya orang sabah.

Megikari Publish time 28-4-2022 12:25 AM

Ok la tu laki bini sekufu

SonicSiLandak Publish time 28-4-2022 12:30 AM

bangsa etis....

Veneer Publish time 28-4-2022 03:20 AM

Kacak dan cantik pun ada gred. Kalau secara umum, mungkin cantik sikit je dari cikgu tu. So basically, tak de lah cantik mana.

Tolong jgn cemarkan definisi kacak Dan cantik tu. Even the word itself feels offended.

saviour_09 Publish time 28-4-2022 08:26 AM

yucks

apooo macam kandang babi

boleh ko duduk gini gaya ye

cikatilia Publish time 28-4-2022 09:35 AM

baru2 ni jiran aku anak dia pindah menyewa area rumah kami
life lavish asik vacay sokmo

umah mcm gini la.. ditinggalnya... penuh taik kucing sampah makanan semua
busuk gila umah.. eww

prettyuglybabe Publish time 28-4-2022 10:38 AM

excuse me puan kamarina..
walaupun u owner, apa hak u nak masuk rumah yang u dah sewakan pada orang?
itu dah kira pecah masuk ye..
buatnya penyewa counter ada barang duit hilang ke apa, tak pasal-pasal kau kena..
so jangan buat perangai darat sangat..
ingat rumah tu kau punya, kau boleh buka masuk ikut suka bila-bila kau nak..

Nnasda53 Publish time 28-4-2022 11:30 AM

Pengotor betul,kandang binatang pun elok lagi.

whimsicalmusic Publish time 28-4-2022 01:46 PM

I agree with this comment..suka2 je masuk..penyewa pn len kali tukar mangga/ kunci..jgn pkai owner punya

sarahmirza Publish time 28-4-2022 03:35 PM

5 tahun dah i bagi sewa rumah kat orang, sekali pun i tak pernah masuk rumah tu.... Kalau ada apa2 rosak cth tangki air hari tu... penyewa bagi gambar je..repair then dia bagi resit. Harap2 tak seburuk itu la rumah i skrg....tengok orangnya, budi bahasa dia dan adab nampak baik2...sewa rumah pun on timr bayar... semoga baik2 juga la..

bunnyj3lly Publish time 28-4-2022 09:13 PM

I pun terfikir macam tu. Sukahatinya laaa dia pecah masuk kediaman penyewa.

gigahertz Publish time 29-4-2022 05:53 AM

prettyuglybabe replied at 28-4-2022 02:38 AM
excuse me puan kamarina..
walaupun u owner, apa hak u nak masuk rumah yang u dah sewakan pada orang? ...

tenant ada tunggakan sewa ler. sewa lambat / lari ni biasanya pakej sekali rumah kotor.
kalau i pun akan curi2 masuk bila penyewa lambat bayar sewa.

prettyuglybabe Publish time 29-4-2022 10:26 AM

gigahertz replied at 29-4-2022 05:53 AM
tenant ada tunggakan sewa ler. sewa lambat / lari ni biasanya pakej sekali rumah kotor.
kalau i pu ...

tak kira ada tunggakan apa pun, u tak boleh masuk rumah tu sesuka hati..
i pun pernah counter tenant tak bayar sewa..
apa i buat, i gi buat report polis and bagi salinan report pada tenant..
so pandai-pandai la dia pindah secepat mungkin..
and if tenant berdegil, u kena minta polis datang escort masuk rumah tu..
bukan u sendiri pi terjah buka pintu masuk sesuka hati..
lagi-lagi bila tenant tak ada rumah..
kalau dah bawa polis dia masih degil, then kena gi court..

proses nak halau tenant memang rumit ye..
tak semudah buka pintu masuk rumah suruh dorang keluar settle..

gigahertz Publish time 29-4-2022 12:49 PM

prettyuglybabe replied at 29-4-2022 02:26 AM
tak kira ada tunggakan apa pun, u tak boleh masuk rumah tu sesuka hati..
i pun pernah counter tena ...

kalau sewa dah tak boleh bayar wajib terus di halau
ada kes diorang tak boleh bayar sewa di curahnya simen dalam lubang floor trap.
Pages: [1] 2
View full version: Penyewa Pasangan Suami Isteri Kacak Dan Cantik Tapi Rumah Macam Tongkang Pecah!


ADVERTISEMENT