Lelaki Dikecam Netizen Sebab Anggap Lirik Lagu Sesuci Lebaran Toksik
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/27/140358phhhhxhngn09gonz.pngTular di laman sosial video seorang pemuda dengan berlatarbelakangkan lagu Sesuci Lebaran berasakan lagu tersebut bersifat toksik pada bahagian lirik yang berbunyi 'Bantulah miskin, hina'.
Pengguna TikTok dengan nama akaun Hafeeziraziqin itu turut menulis bertanyakan adakah hina bagi seseorang itu andai dia dikategorikan sebagai miskin.
Tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai perkara itu, netizen bagaimanapun 'menyerangnya' bertubi-tubi mengatakan dia tidak memahami maksud sebenar di sebalik lirik berkenaan.
Hingga ada antara netizen yang terus membuat 'research' maksud sebenar perkataan hina dengan menjadikan Kamus Dewan Bahasa sebagai rujukan seterusnya berkongsi hasil carian.
7090747171883978010
Sehingga kini belum tampil menjelaskan perkara tersebut, netizen terus-menerus mengecam tindakan pemuda itu mempertikaikan lirik lagu terbabit.
Malahan, ada yang beranggapan pemuda tersebut menimbulkan isu sedemikian bagi meraih perhatian daripada netizen sekali gus menaikkan jumlah pengikutnya di TikTok.
Rakaman yang dikongsikan semula di Twitter oleh Ratu Balqish mewujudkan dua komen yang berbeza. Di TikTok, netizen yang meninggalkan komen kelihatan lebih 'cool' dan tidak mengambil perkara itu terlalu serius.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/27/141501bpzmvalpmccupua9.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/27/141502pmubabczmomnabna.jpg
Berlainan pula di Twitter yang sedikit lebih 'panas' kerana pemuda tindakan pemuda terbabit yang seolah-olah mempertikaikan penulisan lirik yang mungkin boleh disalahertikan itu.
Untuk info, lagu Sesuci Lebaran yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza itu dilancarkan pada 2017. Karya tersebut dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Hairul Anuar Harun. -CARI
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/27/141545qdui9xdfoxyzlcf1.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/27/141545sl77l7ppn5jzqp7c.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/27/141545hzx2q6cpnnvx6wgx.jpg
dah start perang antara zoners dengan netizen {:smileo tp betul la my mom pun tak suka lagu ni sbb perlu ke nk mention perkataan hina tu.. hina tu boleh je jadi banduan yg dipandang hina... apa masalahnya..................... najib tu pun dipandang hina dekkk aman2 jah pun murung la abang tu sambut raya tahun ni...:lol: Dia yg toksik sbb tak fhm seni kata lagu dikatanya lagu yg toksik. hina tu merujuk kepada pondan2 gay2 pedo etis peliwat perogol pencabul kanak2 pelacur sundal perampas suami orang main bini orang para retis tak tutup aurat dan para banduan yang berdosa...;P {:1_563:}
Pages:
[1]