tatod Publish time 27-4-2022 01:01 PM

Individu Dakwa Youtuber Terkenal Dapat Income Dari Syarikat Judi, Netizen Teka Isa Isarb



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/27/122552i5bttnz2kfuichyc.pngGambar Hiasan


Seorang pengguna Twitter, Syed Akramin mengemas kini ciapannya mendakwa seorang pencipta kandungan di YouTube menerima wang pendapatan daripada sebuah syarikat judi.


Katanya, tidak salah sekiranya orang ramai ingin menghadiri atau menyertai 'acara' anjurannya namun adalah lebih baik sekiranya mereka yang ingin turut serta terlebih dahulu menyelidiki latar belakang penganjur.


"Bila dia buat event beri duit percuma, ramai pula datang. Yang tengah mengandung pun sanggup berlari sampai tergolek. Tapi tak apalah, asalkan bukan babi semua halal kot.


"Tak salah kalau nak jadiri mana-mana acara tapi sebaiknya selidik dahulu latar belakang penganjur. Pastikan tak ada unsur meragukan," tulisnya yang turut mempromosikan barangan berguna yang boleh didapati di Shopee.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/27/122852b9gt9e9txzbt7i83.jpg


Walapun dakwaan terbabit dibuat tanpa menyebut mana-mana nama YouTuber yang terkenal, netizen cepat 'menangkap' bahawa individu yang dimaksudkan ialah Isa Isarb kerana hanya dia satu-satunya yang memberikan duit percuma membabitkan insiden seorang wanita hamil terjatuh.


Meninjau maklum balas netizen terhadap ciapan tersebut, masing-masing bersetuju pendapatan daripada skim pelaburan forex yang dipromosikan oleh YouTuber tersebut adalah haram.


Ada yang mengatakan pemberian duit atas nama sedekah itu hanyalah sekadar mengaburi pandangan mata masyarakat semata-mata selain menutup wang tersebut adalah dari sumber yang haram.


Pun begitu, ada juga yang menuntut Syed Akramin untuk menunjukkan bukti sokongan andai apa yang dikatakannya itu benar. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/27/124036secyeezicxpc7key.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/27/124041gstj9kh2t4ic2rz5.jpg


















tepisket.. Publish time 27-4-2022 01:23 PM

Ingat kn budak y xckup perhatian tayang duit dalam rak kasut tu.. dia ni lg jahanam perangai

kaoru44 Publish time 27-4-2022 01:39 PM

Maybe..sbb senang sgt tabur duit..

elzy Publish time 27-4-2022 02:54 PM

Mensucikan duit haram dengan tabur duit bagi orang rebut.. :dizzy:

Lagubestbest Publish time 27-4-2022 10:29 PM

Edited by Lagubestbest at 28-4-2022 07:06 AM

kali ni penajanya takde forex2 macam video2 sebelum ni, dah memang dalam video pertandingan badminton tu diselit part pesanan penaja nya ajak orang signup platform judi bola.. dia tak cakap judi tapi dia cakap "investment" tapi website tu terang2 ada button live casino, casino jadah ape lagi ntah free spin bla bla, nak bukti apa lagi. yang backup isa maybe tak tgok lagi video tu. yang pergi haritu amek duit siap lepastu maybe dah buat beli juadah kat param haritu jugak sah2 la taktau, bukan isa bagitau or letak banner announce siapa penganjur pun masa kejadian.

AKAZ85 Publish time 28-4-2022 06:54 AM

Perangai bebal, muka pon ikut bebal sekali

lasagna Publish time 29-4-2022 02:08 PM

tuan badan tak kata apa pun..

Maz_Jeffri Publish time 30-4-2022 06:46 AM

Ni ke utubers yg penah terbangkan duit tu?

Robyntris311 Publish time 30-4-2022 10:13 PM

Fuyooooo nk lari jgkk la cmni

ReginaGeorge Publish time 1-5-2022 06:58 PM

Em em lapen lapen ke
Pages: [1]
View full version: Individu Dakwa Youtuber Terkenal Dapat Income Dari Syarikat Judi, Netizen Teka Isa Isarb


ADVERTISEMENT